Mintak kepastian..

2.3 hari lepas aku menengok promo JomHeboh(Jom Haramla) kat TV3(suku). Dalam promo itu disebutkan beberapa negeri termasuklah Melaka, Pulau Pinang, Selangor & KL. Dlm website tv3 jugak disebutkan negeri Perak.



Benarkah kerajaan BR di 3 negeri(Penang, Selangor Perak) membenarkan diadakan konsert ini diadakan? Mohon kepastian. Jika sebab ada kontrak aku bleh terima. Tapi jika sukarela, sedihnya aku.

Sudahla
- TV3 suku yg gila2 serang pembangkang(sebelum PRU12) dan kemudian BR(pas pru).
- konsertnya yg bercanggah dgn islam.

Aci boleh jangan bagilah. Tu Dewan Sivik, Petaling Jaya jangalah disewakan lagi kepada Astro utk program realiti(lagho) cam Raja Lawak dll

Read More...

Apa yg lagi perlu dilakukan oleh BA?

Antara cadangan saya kepada kerajaan BA di 4 negeri(kecuali Kelantan. Depa dah pro dah dlm hal ni).

- MB Kedah dan Perak serta semua exco dari PAS membaca khutbah Jumaat di setiap masjid dalam negeri masing-masing setiap minggu. Insya Allah rakyat akan lebih mengenali pimpinan negeri.

- manfaatkan dewan-dewan orang ramai dengan mengadakan kuliah agama mingguan. Ini lebih baik daripada mengadakan pertandingan karaoke di Dewan JKKR pada malam tahun baru.

Read More...

Antara tindakan awal BA bila berkuasa

Di Kedah
- MBnya akan mengumumkan tidak akan duduk di kediaman rasmi MB di Mentalon. Jadi elaun perumahan MB sebanyak RM4 ribu sebulan tidak akan diambil dan dimasukkan kembali ke dalam perbendaharaan negeri

Di Pulau Pinang
- KMnya mengumumkan tidak akan mencampuri urusan agama islam. Beliau tidak akan duduk di kediaman rasmi KM. Dasar DEB akan dihapuskan dan digantikan dengan tender terbuka bagi menjamin ketelusan. Demo pihak pembangkang(UMNO) di Komtar tidak disuraikan dengan water cannon.

Di Perak
- BA bersetuju melantik Ir Nizar dr PAS sebagai MB. Pas akan memegang 1 exco, Keadilan 3 dan DAP satu.

Di Selangor
- 30% daripada elaun yg diterima oleh wakil dari PAS akan dimasukkan kembali dalam perbendaharaan negeri.

Read More...

Kemenangan akhirnya tiba

Alhamdulillah. Dengan segala usaha disertai solat hajat & tawakkal, akhirnya Allah memberikan kemenangan manis kepada BA. 5 negeri berjaya ditawan dan majoriti 2/3 BN berjaya dinafikan. Sekarang ialah masa menunaikan segala janji dan mempertahankan kemenangan. Allah bersama kita, insya Allah. Allahuakhbar

Read More...