Antara Sunnah Nabi minum.

  1. Klik di sini untuk video dengan sarikata 

Read More...

Kuliah Ust Abdullah Khairi

Read More...

Kuliah Ust Jafri

Read More...

Kuliah U Badrul

Read More...

Kuliah Brother Kamarudin

Read More...

Mengenai Jenazah


Read More...

Penyelesaian 10 Perkara - Kenyataan Akhbar Oleh Datuk Seri Idris Jala (2 April 2011)

Apakah dia penyelesaian 10 perkara?

Kenyataan Akhbar oleh Datuk Seri Idris Jala, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri pada 2 April 2011 mengenai Penyelesaian 10 Perkara:
Kerajaan mengesahkan bahawa ianya telah berdialog dengan kumpulan-kumpulan Kristian untuk mengkaji permintaan khusus mereka mengenai Alkitab Bahasa Malaysia/Indonesia dan isu-isu lain keagamaan. Dengan mengambil kira kepelbagaian pandangan daripada pelbagai kumpulan agama yang berbeza, termasuk orang-orang Islam, Kerajaan telah membuat keputusan dengan suatu penyelesaian yang merangkumi 10 perkara.

1. Alkitab dalam semua bahasa boleh diimport ke negara ini, termasuk Bahasa Malaysia/Indonesia.
2. Alkitab-alkitab ini boleh dicetak secara tempatan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Ini adalah perkembangan baru yang wajar diterima oleh kumpulan-kumpulan Kristian.
3. Alkitab dalam bahasa suku kaum tempatan di Sabah dan Sarawak seperti Iban, Kadazan-Dusun dan Lun Bawang juga boleh dicetak secara tempatan dan dimport. 
4. Untuk Sabah dan Sarawak, memandangkan masyarakat Kristian yang besar di negeri-negeri itu, tiada syarat dikenakan atas pengimportan dan percetakan tempatan untuk Alkitab dalam semua bahasa, termasuk Bahasa Malaysia/Indonesia dan bahasa-bahasa suku kaum tempatan. Tidak ada syarat dikenakan untuk meletakkan sebarang cop atau nombor bersiri. 
5. Dengan mengambil kira kepentingan masyarakat Islam yang berbilangan lebih besar, di Semenanjung Malaysia, Alkitab dalam Bahasa Malaysia/Indonesia, samada diimport atau dicetak, perlu ada perkataan-perkataan "Penerbitan Kristian" dan lambang salib dicetak pada kulit muka depannya. 
6. Dalam semangat 1Malaysia dan memandangkan ramai orang yang merantau di antara Sabah dan Sarawak dan Semenanjung Malaysia, tidak akan dikenakan larangan atau sekatan untuk orang-orang yang membawa Alkitab mereka serta bahan-bahan Kristian dalam perjalanan seperti itu. 
7. Arahan mengenai Alkitab telah dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha (KSU) Kementrian Dalam Negeri untuk memastikan perlaksanaan yang betul daripada keputusan kabinet ini. Kegagalan untuk mematuhi arahan tersebut akan menyebabkan pegawai-pegawai terbabit dikenakan tindakan disiplin di bawah Perintah Am. Taklimat yang  menyeluruh daripada pegawai-pegawai tertinggi, termasuk Peguam Negara, akan diberikan kepada semua kakitangan kerajaan yang berkenaan untuk memastikan pemahaman yang jelas dan perlaksanaan yang betul daripada arahan itu.
8. Untuk Alkitab-alkitab yang telah ditahan di Kuching, pengimportnya, Gideon boleh mengambil kesemua 30,000 Alkitab itu tanpa dikenakan bayaran. Kami akan bertanggungjawab memastikan semua pihak yang terbabit diberi ganti rugi. Tawaran yang sama juga diberikan kepada pengimport 5,100 Alkitab di Pelabuhan Kelang, yang mana telahpun diambil oleh Bible Society of Malaysia (BSM) minggu lepas.
9. Berbicara mencakupi lebih daripada isu Alkitab, Kerajaan ingin mengulangi komitmennya untuk bekerjasama dengan kumpulan-kumpulan Kristian dan semua kumpulan agama yang berbeza untuk menangani isu-isu antara agama dan berusaha ke arah pencapaian semua aspirasi keagamaan bersesuaian dengan Perlembagaan. Untuk memastikan usaha ini diberi perhatian segera, Perdana Menteri akan bertemu dengan wakil-wakil Christian Federation of Malaysia (CFM) tidak lama lagi untuk membincangkan langkah-langkah masa depan. 
10. Menteri-menteri Kristian dalam Kabinet akan bertemu secara berkala dengan wakil-wakil pelbagai kumpulan Kristian untuk membincangkan isu-isu yang mereka hadapi dan bekerjasama dengan kementrian-kementrian yang berkaitan dan Perdana Menteri untuk menyelesaikan isu-isu berkenaan. 
Saya berharap penyelesaian 10 perkara ini akan diterima secara positif dan dianggap adil dan wajar oleh kumpulan-kumpulan Kristian. Kita perlu mencari penyelesaian untuk isu Alkitab dan juga mencadangkan langkah ke hadapan untuk menyelesaikan isu-isu yang dikemukakan oleh kumpulan-kumpulan Kristian. 

Oleh Datuk Seri Idris Jala,
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri,
2 April 2011.

(Dipetik dan diterjemah daripada Kenyataan Akhbar oleh Datuk Seri Idris Jala dalam artikel The Star bertajuk "Solutions To Address Bible Issue" bertarikh 3 April 2011)

Sumber dari sini

Read More...

Isu umat Islam Sarawak

Read More...

Kuliah Ust Farid

Read More...

Kuliah Ust Jalal

Read More...

Kuliah Ust Adnan Fadzil

Read More...

Kuliah Ust Farid

Read More...

Kuliah Ust Samad

Read More...