Babak Zizan hina Rasul dalam Filem Hantu Bonceng


SEPERTI sudah menjadi trend untuk mempromosikan filem terbaru di pawagam oleh penerbit-penerbit filem tanah air.

Bila keluar filem baru, pasti ada saja perkara sensasi yang muncul atau cuba ditimbulkan agar filem tersebut mendapat perhatian atau melariskannya.

Sifirnya mudah, bila ada isu yang menjadi kontroversi, maka orang ramai akan berpusu-pusu ke pawagam menyaksikan filem tersebut kerana ingin tahu apa yang kontroversi sangat tu?

Tapi dalam filem Hantu Bonceng lakonan pelawak terkenal, Zizan atau lebih dikenali dengan nama Zizan Raja Lawak, salah satu babak yang menjadi kontroversi di dalam filem terbaru lakonannya ini bukanlah taktik promosi, tapi ReJaM© rasa memang betul-betul menghina Islam.



Salah satu babak yang dilakonkan secara jelas menghina Rasulullah SAW apabila Zizan menyebut "Ashaduanna Muhammadar Syaitan" yang membawa maksud "Aku naik saksi bahawa Muhammad itu Syaitan"

Sama ada terlepas pandang, tidak faham, atau sengaja cetuskan kontroversi untuk melariskan filem tidak dapat dipastikan. Apa yang jelas, kita bimbang jika ia menjadi ikutan anak-anak muda.

Berhati-hati, perbuatan, niat, dan lafaz boleh menyebabkan gugur shahadah dan terkeluar daripada Islam.

ReJaM© "Apa pun terpulang kepada anda untuk menilai..."

Read More...

Kuliah Ust Rohaizat


Read More...

Kuliah Ust Zaki



Read More...

DBL 007 - Polis era BN gesa bayar zakat di sini.

Polis era BN gesa bayar zakat di sini.

Sumber Gambar : IAR

Read More...


Semalam, Manchester United mengalahkan Bolton Wanderers dengan jaringan 5-0. Sementara itu, Liverpool tewas kepada Stoke City dengan jaringan 0-1. Kalau diikut kepada persepsi hari ini, Man U terus unggul manakala Liverpool, Arsenal dan Chelsea nampak gusar.
Keunggulan Man U ini ada kena mengena dengan Mat Sabu. Kalau Man U terus popular di Liga Perdana Inggeris, Mat Sabu terus unggul di Liga politik Malaysia.
Dalam tahun 2009, nama Nizar Jamaludin begitu popular, sehinggakan hampir setiap hari blog-blog pro-Umno bercerita tentang Nizar, sekarang hampir setiap hari nama Mat Sabu menjadi buah mulut orang-orang Umno. Malah populariti Mat Sabu sudah menenggelamkan nama Anwar dan Najib.
Mat Sabu bukan saja berjaya memporak purandakan Umno, malah menjadikan Professor-professor sejarah kelam kabut. Sehinggakan ada sejarawan yang sanggup mengatakan Malaysia tidak pernah dijajah. Lebih banyak Mat Sabu menyerang, lebih kelam kabut pertahanan lawan. Ini style Man U. Attack is the best form of defence.
Untuk sekian lamanya Pakatan terpaksa bertahan dengan isu-isu Anwar, tiba-tiba Mat Sabu mendapat umpanan dari Mat Indera dan terus membolosi gawang gol Umno sehingga menyebabkan mereka terpinga-pinga.
Merdeka Center tak nak buat survey tentang populariti Mat Sabu vs Najib ka?
Malam tadi..pukul 11 malam, aku buat survey untuk melihat sejauh mana populariti Mat Sabu.
Dalam pautan Mytimes, aku ada senaraikan lebih 60 blog-blog pro-Umno. Mana yang tak update lebih dari dua minggu tu aku tak mau kira. Entah hidup atau mati.
Dari 58 blog yang masih aktif, 26 daripadanya bercerita tentang Mat Sabu. Manakala yang bercerita tentang Najib hanya 3!! Woit…Rumah Terbuka Aidilfitri satu Malaysia pun blogger Umno tak minat. Depa lebih minat dengan Mat Sabu!
Blog pro-Umno Tajuk posting
Tentang Mat Sabu
Mymassa Baik sungguh komunis bukit kepong
Badut rakyat Fakta sejarah!! Ini jawapan Datuk najib
Dimensi Sah Mat Sabu pemikir Syiah+liberal+komunis
Mulut Melayu Realiti Antara Mat Indera dan Panglima Salleh
Semut Hitam Tiba-tiba dituduh komunis…tak sedih kah?
Panglima Perang Cyber Ulama Azhar Fatwa murtad siapa terima dan benarkan komunis
Perak Today Bukit Kepong
Kita Gempur Omegay: Komunis itu Mat Sabun
MyKMU Omegay: Komunis itu Mat Sabun
Salam Semua Apa Faedahnya sejarah Versi Mat Sabu kepada kita
Kamalfarsya Phonesex Mat Sabu
Taping Mali Mat Sabu pondan tua
Medan Info Kita Mat Sabu semakin biol
Agenda daily Jangan ubah fakta sejarah
Paneh miang Belalai Mat Sabu
1peluru Mat Sabu buat laporan di Balai polis Bukit Kepong
Ipoh Malay Kebodohan penyokong komunis semakin terserlah
Neutral Daily Ahli Pas keluar parti sebab marah Mat Sabu
Keris Putera Aksi kucing dari Mat Sabu
Kembalak Ent Adat orang lemas, ketul taik…
Anak cucu jawa Keluarga Mat Indera mahu saman Mat Sabu
Waadat Dokumen Bukit Kepong
Jebat Must die Mat Sabu. Selamat Hari merdeka 54
Bloggenstarz Mat Sabu memang buta hati
Tentang Najib
Pejuang bangsa Aidil fitri di Permatang pauh
Media Permatang Pauh Najib Import 30 ribu orang dari Pekan
M.I.M Live! Rumah terbuka Aidil Fitri
Tentang Anwar
Anak Seberang Najib & Anwar di hentian LRT
Itu belum masuk RTM, Berita Hairan, TV3, Straight Times. Utusex lagi!
Tapi..jangan la kembang bila dah jadi jejaka paling popular. Banyak bahayanya.
Semasa Nizar menghadapi kemelut Perak, bantuan dari kempimpinan tertinggi Pakatan tak cukup. Anwar pun tak banyak terlibat..dan hanya apabila Pengerusi PKR Perak masa tu menghantar email panjang kepada Anwar, baru Anwar tunjuk muka.
Sekarang, Mat Sabu kena serang. Pemimpin DAP macam Karpal Singh dan Tunku Aziz tak tolong…sebaliknya tambah kutuk Mat Sabu. Pemimpin PKR pun langsung tak bersuara. Mungkin depa pun dah ikut aku..mampuih pi la. Pemimpin Pas sendiri pun tak banyak tolong. Takat Tuan Ibrahim Tuan Man saja mana cukup.
Untuk menewaskan Umno perlu ada teamwork…tapi dalam Pakatan nampak macam tak ada. Pakatan hanya mengharapkan skil individu. Bila Anwar jatuh, tak ada back-up. Bila Nizar jatuh, tak ada back-up. Macam mana kalau Nik Aziz dan Mat Sabu jatuh?
Pakatan perlu ada Akademi Politik macam Man U. Kalau pemain kena jual, atau kena beli…ada back-up yang akan mengganti.  Dan pemain simpanan pun kena bersedia untuk diturunkan bila-bila masa.
Pakatan ada think-tank ke?
Ketua Pemuda Pas apa cerita? Kalau pasal konsert memang terrer…tapi bila Mat Sabu kena serang…tak kan duduk diam saja?
Nak popular tak susah…tapi nak pertahankan populariti itu yang susah. Yang aku nampak sibuk mempertahankan Mat Sabu ialah blogger dan Mat Sabu sendiri. Suasana ini sama macam Nizar dulu.
Kalau pemimpin Pakatan Rakyat buat donno saja dalam isu ini dan membiarkan Mat Sabu terkial-kial mempertahankan diri…aku yakin, seorang lagi Nizar akan tersungkur.

Read More...

SEJARAH YANG DI TUTUP - RUNTUHNYA KOTA TEMASEK

Tunku Abdul Rahman bagi Singapura kepada 


Lee Kuan Yew dengan PERCUMA!! Pemisahan 


Singapura daripada Malaysia  

Keputusan pemisahan Singapura dari Malaysia diambil secara perseorangan olehTunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ketika beliau di London pada tahun 1965. Ketika itu Tunku Abdul Rahman bercuti selama 53 hari bagi mendapatkan rawatan di sebuah klinik di London.


Lee Kuan Yew dan parti PAP pimpinannya enggan bertolak ansur dengan kerajaanMalaysia pimpinan Tunku Abdul Rahman.


Lee Kuan Yew sering mendakwa orang Melayu hanya berjumlah 39 % sementarabukan Melayu 51 % dan melayakkan Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri Malaysia sebagaimana saranan RamanathanLee Kuan Yew mempersoalkan orang Melayu sebagai penduduk jati Malaysia, mereka sebenarnya adalah jugapendatang sebagaimana Cina dan India. Contoh yang diberikan ialah Syed Jaafar Albar, ahli politik Johor yang mempunyai darah campuran keturunan Arab.


Lee Kuan Yew menyalahkan Tunku dalam kegagalan konsep "Malaysian Malay". Tunku dikatakan telah terpengaruh dengan ketuanan Melayu yang diperjuangkan oleh beberapa pelampau Melayu dari 'ultra Malay' dan 'Young Turk'.


Sebaliknya, Lee Kuan Yew mewar-warkan konsep "Malaysian Malay" dan mendapat sambutan banyak parti di Semenanjung MalaysiaSabah dan Sarawak, kecuali MCA. Gagasan Lee Kuan Yew meliputi SingapuraPulau PinangMelaka, Sabah dan Sarawak.


Sebelum 1963, PAP hanya bertanding di Singapura sahaja dan Perikatan bertanding di Semenanjung Malaysia sahaja. Tapi pada 1963, Tan Siew Sin mendesak Perikatan bertanding di Singapura, namun UMNO kalah teruk. Tan Siew Sin merupakan Presiden MCA dan Menteri Kewangan Malaysia ketika itu. Pada 1964, Lee Kuan Yew mengarahkan PAP bertanding dalam pilihan raya kebangsaan di Semenanjung Malaysia bagi menentang MCA.


UMNO mahu Perlembagaan Singapura diubah bagi menjamin masa depan orang Melayu. Sedangkan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin Singapura yang ada autoriti dalam pentadbiran negeri Singapura enggan berbuat demikian. Sebaliknya Lee Kuan Yew berjanji akan memperbaiki kehidupan orang Melayu melalui peluang pekerjaan, pendidikan dan skim perumahan.


Dalam projek perumahan, perkampungan Melayu di Singapura telah dihapuskan. Akibatnya, beberapa pergaduhan berlaku. Julai 1964, kira-kira 114 persatuan orang Melayu bertemu dengan Othman Wok iaitu Menteri Hal Ehwal Sosial Singapura bagi membincangkan kepincangan orang Melayu Singapura.


Tatkala itu, 12,000 orang Melayu mengadakan perarakan di jalan raya Singapura. Akhirnya tercetus rusuhan kaum antara Melayu dengan Cina di Singapura . Lebih 22 orang terbunuh, 200 cedera dan 1130 ditangkap. Bulan Ogos pula, sekali lagi pergaduhan berlaku. 8 terbunuh dan 60 cedera.


Kejadian ini meyakinkan Tunku bahawa dengan mengekalkan Singapura dalam Malaysia bakal mengundang rusuhan perkauman yang lebih dashyat lagi.




Selepas Singapura keluar daripada Malaysia, Singapura mula muncul sebagai kuasa perdagangan dunia. Banyak kemudahan dan kemajuan dicapai semasa pemerintahan Lee Kuan Yew.


Ramai rakyat Malaysia mengganggap tindakan Tunku Abdul Rahman ini sebagai satu kerugian kerana mengikut mereka banyak lagi cara lain untuk menjaga keamanan Singapura.


PERSOALAN ~


1. Pengapa Tunku bertindak bersendirian tanpa merujuk pendapat kabinet lain?


2. Mengapa Tunku membuat keputusan semasa diLondon? Apakah Tunku didesak oleh British untuk melepaskan Singapura?


3. Bukankah ketika itu ada 2 Batalion askar Melayu diSingapura? Kenapa Tunku tidak menggunakan khidmat askar Melayu untuk mengawal keadaan?


4. Jika Melayu sanggup berparang kerana kehilangan ayam atau lembu rosakan tanaman, kenapa Tunku tak sanggup pertahankan Pulau Singapura hingga titisan darah terakhir?

Read More...

DBL 0004 - Malaysia DIjajah Amerika Syarikat

Malaysia Dijajah Amerika Syarikat

Hahahaha.... lu tarak percaya ka bhai... hahaha... Malaysia sebenarnya pernah dijajah oleh Amerika Syarikat.... lu jangan plak tak percaya.... tunggu dan baca abis hujah gua dibawah nih... hahaha...

Hahaha.... British pernah menjajah dan menguasai dua negara nih... Australia dan New Zealand.... Australia nih dulunya adalah sebuah pulau yang dijadikan penjara oleh Kerajaan British... semua pesalah dari British dihumbankan ke pulau nih....

New Zealand plak aderlah tempat dimana koloni pegawai penjara dan keluarga mereka tinggal... depa akan menggunakan kedudukan New Zealand yang hampir dengan Australia sebagai lokasi untuk mengawal dan mentadbir penjara di pulau Australia... Ini sejarah bhai... sejarah dunia yang susah skit nak ditipu atau diubahsuai... tak macam sejarah Malaysia...

Kedua-dua negara nih... Australia dan New Zealand yang dijajah oleh British menggunakan logo/imej Union Jack sebagai sebahagian dari motif bendera negara tersebut.. lu tarak percaya... tengoh bawah nih..


- Ini bendera New Zealand

- Ini bendera Autralia

Bendera British (United Kingdom) lu orang sumer mesti sudah tau kan... hahaha...

Jadinya.... Kalu Malaysia pernah dijajah oleh British.. tentulah Malaysia nih bendera dier mesti samer ataupun lebih kurang macam bendera Australia atau New Zealand nih.... hahaha... betul dak... wei.. sabor.. sabor.. lu jangan kata India takder pon guna motif Union Jack... hahaha.... sebab kat India depa berperang ngan British untuk mendapat kemerdekaan depa.... hahaha... baca sejarah la bhai...

Tapi .. cuba lu tengok dan selidik bendera Amerika Syarikat dengan Malaysia.... hahaha... kan ker ader mirip... samer.... sebijik sebuntat.... hahaha.... Itulah maknanya Malaysia sebenarnya dijajah oleh Amerika Syarikat... sebab bendera Jalur Gemilang tue samer dengan bendera US... hahahaha....




Hahaha.... lu tarak percaya lagie ker... hahaha... wei.. sedarla... kalu ikut aper yang Zainal Kling dan MPM tue cakap... Malaysia tak dijajah oleh British... hahaha.... sebab Malaysia nih dijajah oleh Amerika Syarikat... hahahaha

Read More...

Pejuang atau Pengkhianat?





Read More...

DBL 0003 - Peringatan buat para isteri

Peringatan buat para isteri

Pada suatu petang, saya mendapat panggilan daripada hospital menyatakan seorang ibu muda mempunyai mata merah yang sakit dan tidak dapat membuka mata beliau. Setelah memeriksa beliau, saya mendapati, beliau mengalami sakit mata selamat 5 hari dan tidak beransur pulih dengan ubat yang diberi oleh tiga doktor sebelum itu. Semasa memeriksa mata beliau, saya dapati, selain daripada jangkitan virus dan yang menghairankan saya, selalunya infeksinya hanya melibatkan konjunktiva atau bahagian mata yang putih. Bagi pesakit ini, bahagian kornea atau bahagian mata yang hitam yang penting untuk melihat telah koyak dengan agak banyak sehingga menyebabkan beliau rasa amat sakit dan tidak dapat melihat dengan jelas. Saya terpaksa meletak ubat dan menampal kedua mata beliau dan memasukkan beliau ke dalam wad untuk pemerhatian rapi. Setelah melihat keadaan yang agak teruk bagi jangkitan yang selalunya mudah dikawal, hati kecil saya bertanya apakah hikmah ataupun rahsia di sebalik kejadian ini. Dengan kuasa Allah, saya menyedari bahawa beliau agak kasar dengan suaminya. Setelah dua hari di dalam wad dan beransur pulih, saya menasihati beliau secara tidak langsung tentang pentingnya sebagai seorang isteri solehah kita harus menjaga tiga perkara suami kita.

1. Mata beliau - sentiasa kelihatan cantik dan menawan dengan menjaga rupa paras dan berat badan.
2. Hidung beliau - sentiasa berbau wangi dan menjaga kebersihan mulut dan nafas supaya selesa apabila suami bercakap berdekatan dengan kita.
3. Telinga beliau - sentiasa mengeluarkan kata-kata yang manis dan pujian serta penghargaan, dan jangan sekali-kali kufur nikmat.

Beliau seterusnya memberitahu saya sebelum berlakunya sakit mata itu, beliau telah merajuk dengan suaminya. Beliau nampaknya insaf ketika memberitahu kisah ini dan mengakui bahawa setiap kali beliau berlaku kasar terhadap suaminya, tentu sesuatu perkara negatif akan berlaku terhadap beliau. Saya meneruskan menasihati beliau bahawa dalam kehidupan kita bahawa redha Allah bergantung kepada redha suami dan sebagai seorang isteri, hidup kita fokus untuk jadi isteri solehah. Dan jika mempunyai profession, jadi professional mukminah. Setelah berjumpa dengan beliau hari ni, beliau menyatakan bahawa beliau memang selalu memberitahu suaminya bahawa fokus beliau adalah untuk menjadi isteri solehah dan setelah peristiwa ini, semangat beliau untuk mencapai cita-cita ini bertambah kuat.

Saya bersyukur kerana di dalam setiap pesakit yang saya jumpai dapat mempelajari sesuatu dan menambah lagi kesyukuran apabila hati kita suka pada kebaikan dan takut pada kejahatan.

Read More...

 Saya baru mengenalinya 2-3 bulan lalu. Pelik kenapa isteri saya setiap hari Sabtu jam 7 pagi membuka radio(ikimfm). Sebelum ni tak pernah buat pun. Sekali dengar terus tertawan.
  Bagi saya beliau mampu memotivasikan orang lain berdasarkan pengalaman sendiri. Seperti Prof Kamil Ibrahim.

  Beliau mengendalikan program Islam Itu Indah di Ikimfm. Setiap pagi Rabu jam 10 pagi dan ulangan siaran pada hari Sabtu jam 7 pagi. Boleh download kuliah dia, Dr Zahazan dan lain-lain penceramah di sini.

   Beliau juga mempunyai blog, facebook(cari dr muhaya) dan twitter. Inilah salah satu video beliau. Dengar, hayati dan ambil pengajaran.





Read More...

Sitt Al-Wuzara, JAKIM enggan bertindak, tolak memorandum


MANUSIA biadap yang menggelarkan dirinya sebagai Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara, sehingga ke hari ini bebas menghina dan mencaci Islam di internet. Menyedari bahawa menjaga dan memelihara kesucian Agama Islam menjadi tanggung jawab setiap umat Islam secara keseluruhannya.

Jingga 13, sebuah badan NGO, yang terdiri daripada sukarelawan, facebooker dan blogger hari ini telah menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, SKMM dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM.

Memorandum itu diserahkan kepada salah seorang pegawai SKMM di pejabat rasmi suruhanjaya itu di Cyberjaya kira-kira pukul 12:30 tengah hari tadi.

Memorendum itu diterima dengan baik, malah pegawai tersebut meskipun mengakui tidak boleh membuat sebarang keputusan, difahamkan beliau akan membawa perkara ini kepada pihak pentadbiran atasan.

Jingga 13 bertujuan memberikan desakan yang kuat kepada pihak berkuasa ini agar melancarkan tindakan besar-besaran kepada manusia biadap yang menggelarkan dirinya sebagai Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara.

Manusia biadap ini masih bebas menghina, mencaci, mencarut serta menyiarkan gambar-gambar menghina Allah SWT dan Rasullulah SAW di internet. Malah semakin banyak laman blog, Twitter dan facebook diwujudkan untuk menghina dan mencaci Islam.

Di bawah ini salinan memorendum yang telah dihantar kepada SKMM.



Kira-kira jam 2:30 petang, Jingga 13 menghantar satu lagi memorandum ke pejabat rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM di Putrajaya.

Pihak Jingga 13 disuruh menunggu sementara pegawai jabatan itu akan dihantar untuk menerima memorandum tersebut. Malangnya selepas kira-kira sejam menunggu, pegawai yang ditunggu tak kunjung tiba, sebaliknya Polis yang dihantar.


Pihak Polis yang dihantar itu memaklumkan bahawa pihak kementerian tidak mahu menerima memorandum ini kerana penghinaan terhadap Islam ini bukan di bawah bidang kuasa JAKIM.

Maka jawapan ini jelas membuktikan bahawa Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara akan terus bebas menghina, mencaci Islam, Allah SWT dan Rasulullah SAW tanpa dikenakan apa-apa tindakan.

Maka tidak hairanlah sehingga ke hari ini manusia biadap ini terus-terusan memaki hamun, menganjing, membabi, serta mencarutkan Allah dan Rasul kerana badan Islam paling besar di Malaysia, JAKIM mendakwa mereka tiada kuasa.


ReJaM© "Inilah nasib Islam sebagai agama rasmi di Malaysia..."

Read More...

Tiada mood dan mals menulis lagi. Kesan mabuk ketupat rendang? Maka saya copy paste saja artikel dari blog lain. Jika perlu akan mengulas

Lagi petunjuk Sultan menaungi kerja jahat Umno Selangor?

MalaysianInsider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 7 Sept — Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mendakwa pihak-pihak tertentu telah mengadakan pertemuan tertutup membabitkan agensi-agensi agama dan pertubuhan bukan kerajaan Islam (NGO) untuk menjatuhkan kepimpinan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.
 
Langkah itu didakwa diusahakan ekoran kes serbuan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) dekat Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu ekoran kononnya ada usaha memurtadkan umat Islam.

Khalid, yang juga Yang Dipertua PAS kawasan Shah Alam berkata, pertemuan membabitkan beberapa NGO Islam bersama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa serta wakil dari Pejabat Peguam Negara.

“Mereka membincangkan memorandum untuk dihantar kepada Sultan Selangor, menyerang Menteri Besar berhubung isu Kristianisasi ini. Nampak-nampak gaya satu usaha bersungguh-sungguh ingin menjatuhkan Menteri Besar. Adalah diharapkan tiada Exco dari Pakatan Rakyat, lebih-lebih lagi dari PAS, yang turut serta,” kata beliau dalam entro blognya semalam di bawah tajuk “Coret Minggu Pertama Syawal”.

Bagaimanapun ketika dihubungi The Malaysian Insider, Khalid berkata beliau tidak pasti bila pertemuan itu diadakan tetapi telah diadakan bulan lalu.

Kata Khalid, sebelum era Mac 2008, semuan pihak termasuk Jais dan Mais mengambil sikap berdiam diri dengan cara pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN).

“Tetapi di zaman Menteri Besar yang berkebajikan (pimpinan Khalid Ibrahim), bersih dari rasuah dan mementingkan rakyat, apa saja alasan boleh digunakan untuk menempelak Menteri Besar.

“Adalah dikhuatiri akan ada yang mula bertanya, “mengapa dulu diam, sekarang nak bising?” Seterusnya nanti ada pula yang akan menganggap dulu dapat bahagian! Sekarang habuk pun tiada, maka itulah sebabnya bikin kecoh,” katanya.

Dalam entrinya juga, Khalid berkata, Umno terus mengheret pihak istana untuk kepentingan politik parti komponen BN itu.

Katanya, ketika zaman BN memerintah Selangor, jarang sekali kedengaran berita Sultan Selangor kecuali berhubung program adat istiadat tetapi sekarang kerap diketengahkan.

“Itulah perangai Umno. Bila Umno sudah tidak laku, mereka ketengahkan Sultan sedangkan dulu mereka sendiri yang mencaci Sultan.

“Yang paling saya khuatir ialah tercemarnya imej pihak Istana dan DYMM Sultan Selangor sekiranya terus diheret sedemikian rupa oleh juak-juak Umno-BN,” katanya sambil menambah, institusi yang above politics’ atau ‘mengatasi pertimbangan politik’ ini akan tercemar dalam kelicikan politik Umno yang hanya ingin terus berkuasa walau apa sekalipun berlaku. - TMI.
Aku tak tuduh Sultan Selangor terlibat tapi aku nampak persepsinya macam tu. Kalau pun mungkin Sultan Selangor tak terlibat tapi aku yakin memang ada usaha puak-puak pencacai 'si anjing Umno' yang berlindung dibelakand Istana Selangor yang buat kerja kotor macam tu.

Contoh yang paling jelas sebelum ni masa kecoh perlantikan Kuhrin sebagai Setiausaha Kerajan Negeri Selangor. Memang jauh berbeza masa Umno BN tadbir Selangor dengan masa PR tadbir Selangor.

Dan memang realitinya, semua Majlis Agama dan Jabatan Agama di negeri-negeri dikuasai oleh pencacai 'si anjing Umno' dan depa memang sentiasa gunakan 'kuasa sultan' untuk menghalalkan tindakan dan perancangan kotor yang depa telah sedang dan akan buat. memang nampak dengan jelas terutama sekali di Selangor dan Kedah.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

Read More...