Kuliah Ust Badrul



Read More...

Taklimat Ust Umar Kemboja

Read More...

Kuliah Ust Rijal



Read More...

Kuliah Ust Zaki





Read More...

Kuliah Ust Roslan





Read More...

Kuliah Ust Hashim



Read More...

Kuliah Ust Salmi



Read More...




Tak kira siapa kita. Ahli, pimpinan(adun atau mp) adab kena jaga

- tak setuju dengan orang lain(PAS/komponen PR) gunakan saluran yang betul. Ni guna media umno(TV3 suku). Berapa banyak damage yg dah dan akan berlaku...
- yb bukan blogger nyamuk cam saya, cenangau, mso, at dan lain-lain. Ini bukan caranya yb.

Read More...

Gambar-gambar pilihan JJMK WK 20/8/11

Gambar-gambar pilihan di Pondok Ahmad Nahu, Beris, Sik

Keadaan salah satu pondok pelajar bujang lelaki

Bumbung pun dah berlubang

Suasana ini  seperti kampung Tanah Melayu tahun 60-70 an

Dinding mulai mereput

Lantai yg pecah diganti lain. Ala kadar

2 orang kuat WK yang pakai lebai


Bilik tidur/belajar pelajar lelaki



Khusyuk mendengar kuliah ust Kamel

al quran yang lusuh, koyak dan tercerai-cerai

Bumbung pun berlubang-lubang


Lihat apa yang ada di alang. Jika jatuh?



Ayat pencegah maksiat  bagi kita semua

Read More...

6.30 pagi bertolak dari rumah(Parit Buntar). Sebelum ini telah menghantar hampir 1 van penuh sumbangan pakaian terpakai kepada Bro Syukri di Kubang Semang. Ada lagi makcik-makcik PAKSI Kerian yang hantar kain baju pada saat akhir walaupun telah diingatkan bahawa tarikh akhir terima telah pun ditutup. Dalam kalut(kecuaian sendiri) tertinggal 2 beg pakaian. Sedari perkara ini bila balik ke rumah.

7.30 Sampai Tol Gurun. Memang tekan minyak la. Takde jem kat Seberang Jaya. Alhamdulillah. Sampai kat sana memang ada yg menunggu.

Kotak-kotak pakaian dalam bonet terus dipindahkan ke Storm yang sedia menunggu. Tak lama selepas itu mula bergerak ke IKS Keda. Tak boleh berkumpul di tol Gurun. Konvoi yang  terbentuk menjadi semakin panjang. Di IKS Keda maklumat am pemandu dan pertubuhan mana diwakili diambil oleh Monier. Barulah kenai muka Monier ni. Selama ni kenai kat blog dia je.

Kami mula bergerak ke Felda Lubuk Merbau. Panjangnya konvoi kami. Hampir 50 buah kenderaan. Melepasi simpang masuk Lubuk Merbau. Apsal tak masuk simpang nih? Takpa kot. Ada jalan lain kot. Hampir simpang ke Nami/Sik semuanya kena berpatah balik. Silap jalan. Patah balik ke simpang yang terlepas tadi. Sampai juga ke Masjid Lubuk Merbau. Alhamdulillah

Di sini segala sumbangan seperti beras, gula, tepung(ada ke?), Kain baju dan lain-lain mula disusun mengikut kumpulan(41 kumpulan). Setelah selesai diberikan penerangan ringkas. Apa yang boleh dan apa yang tak boleh(Do and Don't).

Pensyarah UiTM Pulau Pinang. Semuanya single lagi. Hehehe
Kami bertolak ke lokasi pertama iaitu di Kg Aur,Belantik.
Penat gak panjat bukit nih
Rumah daif berdindingkan buluh
Kelas membaca untuk umum dibuat di sini?
Ada 8 penerima. Hampir selesai(mula nak pulang) mai la sorang mamat nih.

“Saya tengah dok mesin rumput, depa mai habag kata banyak kereta pakat mai masuk kampung. Saya terkejut dan terkam balik dan terus talipon balai kot ada apa apa. lepas tu saya telepon YB tanya kot-kot ada program apa apa. Terkejut saya, lain kali jangan buat macam ni " (copy paste dari komen Md Sidi Adam). Rasanya 90% betui. Saya dengar pun lebih kurang camtu. Kamera dan handycam di tangan tak terlintas(tergamam beb) untuk shoot muka dia. Salah sorang ajk sengih-sengih je bawak mamat ni pi jumpa Monier. Monier pun cam tau-tau je. Bila dicari xde plak.
“Xpalah pakcik. Kami salah. Lain kali kami x buat lagi. Hehehe(dalam hati aku la...)”

Kami kemudian bertolak ke Kg Lentang, Belantek. 8 penerima di sini. Yang paling menarik perhatian ialah sebuah pondok kecil. Seorang wanita tua tinggal di sini. X mau susah anak dan cucu. Syahdunya..

        Destinasi seterusnya ialah di Gulau, Sik. Menyerahkan sumbangan kepada Pn Rashidah   yang baru kematian suami.
Janda yang tabah
Anak dua. RM150 bagi menyara 3 beranak. Kesian sungguh. “Kalu aku tak kawin lagi/mampu mau aku kawin dgn dia(dalam hati la gak)”. Moga tetap tabah mengharungi hidup.
Seorang dari anaknya. 4 tahun
Sesiapa yang bujang empat(x kawin lagi) atau dah kawin(tapi boleh bukak cawangan) silalah cuba-cuba ye. Kalu dah rezeki... Tapi jangan kawin dengan mak dia je tau. “kawin kerana sunnah(tanggungjawab)”

        Tempat kedua terakhir ialah di Masjid Ahmad Nahu(kalu tak salah). Sumbangan untuk 24 keluarga.



        Hentian terakhir ialah di Pondok Ahmad Nahu. Bagaimana keadaan pondok tersebut? Bayangkan rumah kita tahun 60-70 an.
Quran yang lusuh masih digunakan
Semangat penghuni itulah yang patut dicontohi.
Tempat pelajar lelaki mengaji
Belajar dalam serba kepayahan. Mungkin selepas ini Warga Kilang boleh tubuhkan think thank untuk memajukan pondok ini.
Ust Kamel yang gigih membangunkan pondok walaupun cuma berdua dengan anak saudaranya sahaja


Demikianlah catatan ringkas perjalanan saya.

Read More...

Catatan Perjalanan JJMK 20/8/11 - 3

3- Kembara Khalifah

Bila Aku melihat anak muda dalam gambar ini,Warikh(berbaju biru) dan Monior(berbaju merah) teringat pada ungkap Ir.Soekarno mantan Presiden Republik Indonesia. Katanya, "beri Aku sepuluh orang pemuda yang boleh mengoncang dunia..." Ada benarnya ungkap Bung Karno ini. Warikh YDP Wargakilang yang mengasaskan penubuhan NGO ini. Pengalaman beliau yang luas bekerja di luar negeri khususnya di Thailand dan melihat NGO di sini bekerja mensantui rakyat yang susah telah mengilhamkan beliau untuk penubuhkan  NGO Wargakilang.

Lalu dikumpulkan lebih kurang 10 orang pemuda daripada pelbagai kilang dengan bermacam fahaman anutan politik.Nama-nama seperti Wahab,Aznee, Sattar,Affendi, Shukri dan ramai lagi yang penulis tidak ingat dan kenal. Penulis berterima kasih kepada Sdr. Wahab yang pada mulanya agak malu untuk memperkenalkan kegiatan Wargakilang ini.

Penulis mengetahui Wahab dan Monior bukanlah datang daripada keluarga bangsawan. Mereka tidak malu menceritakan latarbelakang mereka. Benar mereka daripada keluarga  miskin. Dengan semangat, azam dan tekad untuk keluar daaripada lingkaran kemiskinan syaitan, mereka telah bersungguh-sungguh dalam pelajaran. Maka jadilah mereka seperti hari ini. Mereka tidak pernah lupa pada 'ikar' mereka. Mereka bukanlah 'Si Tanggang' atau 'Malim Kundang'.

Menurut Sdr. Warikh pertubuhan ini mula dikenali masyarakat. Aktiviti seperti bergotong-royong, membantu rakyat miskin, mengadakan program motivasi. Pendek kata mereka  melakukan apa yang termampu dengan tulang empat kerat dan dengan fikiran yang terbuka.

Jadi tidaklah hairan bila penulis melihat mereka tidak kekok bila berdepan dengan masyarakat atau pihak berkuasa hatta pemimpin kecil di daerah pedalaman(yang sekali sekala cuba menunjukkan 'taringnya')
Menurut YDP Wargakilang 'modus operandis' wargakilang kini menjadi ikutan beberapa NGO di negara ini.


NGO Wargakilang tidak terikat dengan sebarang partai politik atau apa sahaja pertubuhan. NGO Wargakilang  bersifat non-partisan dalam gerak kerjanya.

Dalam melakukan aktiviti kemasyarkatan NGO Wargakilang hanya boleh barang-barang makanan dan lain-lain keperluan rumah.Wargakilang tidak akan menerima sebarang sumbangan kewangan daripada mana-mana.pihak.Kalau ada pihak yang sudi hendak menghulurkan bantuan kewangan kepada pihak terbabit. Lakukanlah. Tapi bukan melalui Wargakilang. Individu berkenaan turun ke padang dan bertemu sendiri dengan pihak yang berkenaan.

Oleh Shakir Md Taha.
 
Catatan : Tiada catatan pengalaman. Cuma info mengenai NGO Warga Kilang

Read More...

Catatan Perjalanan JJMK 20/8/11 -2

2 - Orang Kecil Orang Besar


Terima kasih semua. JJMK WK Menjelang Aidilfitri 2011

Menjelang Sabtu 20 Ogos 2011, kami 3 beranak dari Kamunting bersahur di perjalanan dan tiba di Rumah Tol Gurun seawal 7.00am. Sudah menunggu sebuah kereta peserta dari Bertam.

Kenderaan peserta lain mula mendatang. Ada dari Parit Buntar, Prai, Sungai Petani, Kulim, Mergong (komuniti RT Mergong), UiTM, UUM, Perlis dan sebagainya.

Berkenalan seketika sementara ada yang mengambil peluang menggunakan kemudahan bilik air di Rumah Tol, kemudiannya kami bertolak ke Persimpangan IKS Jeniang. Di situ kami bergabung lagi dengan beberapa kenderaan lain sebelum bertolak ke Masjid Lubuk Merbau untuk pengagihan barangan.

Selepas pengagihan, peserta mendengar taklimat perjalanan, doa dan juga taklimat keselamatan. Perjalanan dari sini, kami dibantu oleh sekumpulan pegawai keselamatan sebuah syarikat elektronik di Kulim Hi Tech yang mengawal dan menjadi penunjuk arah di setiap persimpangan jalan.

Di Majid Lubuk Merbau, 17 bahagian telah diagihkan untuk 3 pusat pengagihan pertama di Kota Aur, Kampung Lentang dan Gulau. Kami melalui Lebuh raya Durian Daun sebelum memasuki jalan kecil menuju ke rumah keluarga Mohd Zuki Bin Che Ne. Di sini sudah menunggu 8 keluarga untuk menerima sumbangan kami.

Seterusnya kami ke Kampung Lentang dengan melalui satu lorong kecil seiringan dengan aliran sungai yang mengalir jernih. Di sini kami terpaksa menempuh beberapa jambatan atau lebih tepat titi kecil yang sekadar memuatkan sebuah kereta untuk melaluinya.

Di Kampung Lentang seramai 8 keluarga lagi telah menunggu kami di rumah keluarga Che Ros Bin Che Ngah.

Kemudiannya kami ke Gulau, ke rumah keluarga Pn. Rashidah Awang, seorang ibu tunggal yang kematian suaminya beberapa bulan lalu. Rumah Pn. Rashidah hanya di tepi jalan utama selepas pekan kecil Gulau.

Tersentuh di hati kami melihatkan sebatang tiang buluh menjulang Jalur Gemilang di hadapan rumah atau lebih tepat pondok daif Pn. Rashidah ini. Masih ada rasa bangga sebagai anak Malaysia walaupun dalam serba kekurangan.

Selepas rumah Pn. Rashidah, kami menuju ke Masjid Nami untuk Solat Zuhur dan juga sesi sumbangan terakhir kepada 24 buah keluarga lagi. Kesemua penerima sumbangan ialah seramai 41 keluarga.

Perjalanan seterusnya ialah ke Pondok Ahmad Nahu di Kampung Kuala Beris, Mukim Sok. Daerah Sik untuk sesi sumbangan terakhir Program Jalan-jalan Masuk Kampung Warga Kilang Menjelang Aidilfitri ini.

Terima kasih kepada semua peserta yang turut hadir dan juga kepada semua penyumbang . Secara peribadi saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada penyumbang yang telah membuat sumbangan melalui saya yang terdiri dari warga UUM (beberapa orang pensyarah termasuk di luar negara dan kakitangan pentadbiran), termasuk barangan makanan, pakaian dan sejadah, sumbangan duit raya dari seorang Professor COB (untuk 9 keluarga daif), sahabat saya di Jeddah, usahawan dari KL dan pembaca blog saya dari Jabatan Perangkaan Malaysia, Putera Jaya. Tidak lupa kepada Hamba Allah dari Ipoh yang datang ke Taiping dalam hujan lebat selepas berbuka puasa untuk menyerahkan sumbangan beras.

Tidak lupa juga terima kasih kepada Dr. Nazri, pensyarah COLGIS dan Pengetua DPP Petronas dari UUM yang turut hadir menyertai program ini bersama-sama sumbangan yang dikumpulnya.

Seperti biasa Intel (Intel Kulim dan Pulau Pinang) menghantar peserta yang paling ramai atas nama komuniti CSR mereka termasuk yang bukan Muslim bersama-sama menyertai program kali ini.

Akhir sekali, saya juga mewakili sahabat-sahabat saya yang lain dalam NGO Warga Kilang ini merakamkan ribuan terima kasih di atas segala sumbangan yang dibuat.

Hanya Allah sahaja yang mampu membalas sumbangan-sumbangan anda semua ini. Kepada penerima sumbangan, apa yang kami pinta doakanlah agar kami penyumbang-penyumbang ini dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan dan keselamatan agar kami dapat mencari rezeki, beribadat dan membuat sumbangan lagi, insya-Allah.

Insya-Allah juga, saya akan link-kan catatan-catatan lain yang dibuat oleh mereka yang turut bersama-sama dalam program ini.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

Catatan lain bersama gambar-gambar di sini -

(i) KRT Taman Utama, Mergong
(ii) Comey Belako (iii) Kamarul Sahrin Gallery















Sumbangan dari sdr. Warikh, Presiden NGO Warga Kilang

Read More...

Catatan Perjalanan JJMK 20/8/11 -1

Berikut adalah catatan pengalaman mereka yang menrtai rombongan Jalan jalan Masuk Kampung anjuran NGO Warga Kilang Kawasan Utara

1- ComeyBelako

"Intel Involved Volunteers - bringing smiles to the less fortunate"

Alhamdulillah. Sekali lagi Allah swt permudahkan dan beri kelapangan masa untuk saya bersama2 team NGO WargaKilang mengharungi perkampungan sunyi di sekitar daerah Sik. Terima kasih untuk mak yang sudi tengok2kan cucu-cucu mak yang lasak itu. Irfan, Irdina, Irsyad…maafkan ibu tinggalkan anak2 ibu dengan maktok. Ibu risau anak2 ibu letih nanti. Sementelah bulan puasa pulak. Perjalanan pergi dan balik dari Kulim ke destinasi lebih kurang 300km. Dan juga auntie serta pakcik yang sudi bercucukan Isyraf di hari yang barakah itu. Terima kasih! Tidak lupa juga kepada semua warga Intel Malaysia @ Team Biru Intel Involved yang tidak jemu2 menyumbang wang ringgit, makanan, pakaian dan tenaga untuk program Jalan2 Masuk Kampung Edisi Ramadhan 2011 kali ini. Saya amat berbangga sekali. Setiap tahun warga Intel adalah antara penyumbang utama program ini. Dan yang paling layak menerima ucapan tahniah dari saya tentunya tidak lain dan tidak bukan adalah Saudara Monier dan rakan2 jawatankuasa team NGO WargaKilang seperti Sdr Warikh, Sdr Lokman, Sdr Fendi, Sdr Wahab, Sdr Syukri, Sdr Aznee dan ramai lagi (sekadar menyebut beberapa nama yang saya kenal) yang begitu istiqamah dalam mengharungi perjuangan ‘perkhidmatan percuma’ ini – percuma dari ganjaran dunia maksud saya. Tahniah!Tahniah!Tahniah!...dan Tahniah sekali lagi dari saya dan terima kasih yang tidak terhingga kerana membuka jalan kepada kami untuk sama2 memberi ‘perkhidmatan percuma’ ini yang amat berkesan untuk penyucian hati dan minda, seterusnya mengingatkan kita tentang konsep kesyukuran dan rendah diri yang makin menipis di zaman masing2 mengejar harta dunia dan status dunia. Alhamdulillah. 

Konvoi team WargaKilang - sedang susun atur konvoi.

Seawal subuh kami semua telah bersedia menyelenggarakan apa yang patut supaya dapat tiba di tol Gurun seawal 8pagi. Bantuan dari team pengawal keselamatan dari Fuji Electric sememangnya memberi impak yang besar. Tanpa mereka pastinya kelam kabut konvoi perkhidmatan percuma ini…kalau tak silap saya lebih kurang 30 buah kereta pelbagai jenis terlibat dalam konvoi kali ini. Semuanya tersusun rapi. Terima kasih Marshal tak rasmi team WargaKilang! Tahun depan jangan serik join lagi ok ;).

Sdr Lokman yang juga pensyarah kepada suami saya yang sentiasa memberi semangat.
Sdr Aznee, antara peneraju utama aktiviti team NGO WargaKilang
Saya tumpang sekaki. Memberi derma bagi pihak Intel dan juga KCSC (KHTP Committee & Security Council).
 Jumlah penerima sumbangan program Jalan2 Masuk Kampung Edisi Ramadhan 2011 kali ini ialah 41 buah keluarga dan sebuah pusat pengajian pondok persendirian iaitu Pondok Ahmad Nahu. Sungguh menarik! Semua peserta dari pelbagai lapisan masyarakat, pangkat dan darjat, kereta kecil dan kereta besar bersama2 berganding bahu. Bersama2 meninggalkan jawatan dunia di pejabat masing2 dan hanya membawa diri sebagai seorang manusia @ hamba Allah swt, melangkah kaki ke perkampungan sunyi di daerah Sik untuk berkongsi rezeki kurniaan Allah swt bersama rakan2 kita di sana yang kurang bernasib baik. Alhamdulillah.

YDP NGO WargaKilang, Sdr Warikh

Antara rumah yang kami ziarah. Rumah Puan Rashidah. Walaupun dhaif tetapi bersih dan kemas.
Namun, satu perkara yang amat menyentuh hati saya dan amat sukar untuk saya terima (**maaf jika ada yang tidak bersetuju…ini hanyalah pendapat peribadi saya sebagai seorang anak, ibu dan isteri**) ialah di persinggahan yang pertama, bilamana seorang ibu yang uzur yang tidak dapat menguruskan diri sendiri hanya tinggal bersendirian. Tinggal bersendirian di dalam sebuah pondok yang amat dhaif dengan kaadaan yang kotor, berbau hancing dan tidak terurus. Sedangkan anaknya sekeluarga tinggal berasingan dirumah berdekatan. Ya, saya faham anaknya juga susah. Walaubagaimanapun, sebagai anak, sejuta alasan sekalipun tidak melayakkan kita untuk memperlakukan ibu kita sedemikian. Sesungguhnya begitu tinggi darjat seorang ibu dan sesungguhnya syurga dibawah tapak kaki ibu. Sehingga kini saya masih tengiang2 jawapan yang diberikan oleh anak makcik tersebut kepada salah seorang dari sukarelawan yang bertanya , “awat tak bawak mak dok sekali?”. Jawapan yang sukar saya terima, “mak dia payah sikit, selalu buat bising ikut dan dia, lepaih tu berak kencing merata”. Betul lah orang dok cakap, seorang ibu boleh bela 10 orang anak, tapi seorang anak tak tentu boleh bela dan jaga seorang ibu. Bukanlah niat saya untuk mengaibkan sesiapa. Ini adalah sebagai peringatan dan pengajaran yang amat besar dan berada di depan mata kami semua pada episod kali ini. Nauzubillah. Moga kita dijauhkan Allah swt memperlakukan sedemikian rupa kepada ibubapa kita, dan moga Allah swt lindungi kita dari diperlakukan sedemikian rupa oleh anak2 kita. Nauzubillahiminzalik. Marilah kita doakan juga moga dibukakan pintu hati anak makcik ini untuk membawa ibunya tinggal bersama. Supaya dapat makcik uzur ini merasa kasih sayang anak menantu dan cucu di akhir usianya. Amin.


Inilah pondok usang kecil sebesar tandas dirumah kita tempat ibu tua uzur tersebut berteduh bersorangan.

Akhir sekali kami singgah di pondok pengajian persendirian iaitu Pondok Ahmad Nahu. Sungguh dhaif pondok ini. Tak terbayang di fikiran saya masih ada manusia yang sanggup menghantar anak2 ke pusat pengajian sebigini rupa. Dhaif dari segala keperluan asas. Sungguh menginsafkan. Kita kalut dengan matlamat dunia, kalut nak upgrade kereta, kalut nak renovate rumah…kalut serba serbi yang maha kalut dengan duniawi. Tapi mereka2 ini begitu istiqamah menuntut ilmu akhirat tanpa mempedulikan imbuhan dunia. SubhanAllah.


Tazkirah didalam surau serbaguna Pondok Ahmad Nahu.
Walaubagaimanapun sepanjang beberapa minit pengamatan saya berada di pondok ini, kebersihan dan kekemasan perlu sekali diberi perhatian. Kebersihan asas keimanan. Barulah lengkap ilmu agama kita. Dan juga kita perlu terus memberi dorongan dan sokongan kepada pusat pengajian ini bagaimana untuk mendapatkan dana berterusan untuk mereka terus bertapak disitu. Kerana mereka juga manusia yang perlu makan, minum, mandi, perlukan tenaga elektrik, perlukan belanja untuk pengajian seperti membeli kitab2, maintenance asrama/surau dan sebagainya. Ini adalah hakikat yang tidak dapat ditolak. Dan adalah amat cantik sekali jika boleh diberi pendedahan seperti dikaitkan sains dengan ilmu agama yang anak2 ini terokai di pondok ini. Saya percaya ilmu dunia dan akhirat yang seimbang akan memberi banyak manafaat terutamaanya komuniti Islam kita sendiri. Sekadar pandangan cetek dari saya yang amat tidak seberapa ilmunya. Sesiapa yang ingin menyumbang kepada Pondok Ahmad Nahu, bolehlah menghubungi Saudara Aznee di 012-4323305. Surau mereka sebenarnya adalah tempat serbaguna, disitulah mereka solat, tidur, makan dan juga belajar. Begitu juga bilik mandi, begitu terbuka sekali. Sesungguhnya hati saya teramatlah tidak tenteram sekali bila makcik yang juga merupakan salah seorang penghuni pondok tersebut menyatakan ada juga mata2 nakal mengintai anak2 dara pondok ini dari kebun getah sewaktu mereka mandi. Marilah kita cepatkan pengumpulan dana Pondok Ahmad Nahu ini. Sekurang2nya kita selesaikan proses baikpulih bilik mandi pelajar2 wanita dahulu.


Didalam surau Pondok Ahmad Nahu - rak menyimpan kitab2 dan al quran

Keadaan di dalam surau Pondok Ahmad Nahu.

Maaf gambar blurr...saya pakai hp. Inilah keadaan bilik mandi pelajar wanita yang
amat memerlukan bantuan kita secepat mungkin.
 Sedikit flashback dari aktiviti Ramadhan tahun lepas …. Saya masih tersentuh dengan cara Ustaz di Rumah Anak Yatim Pengkalan Hulu mencari dana. Saya dan rakan2 menziarah Rumah Anak2 Yatim ini ramadhan lalu. Begitu kreatif dan inovatif sang ustaz ini. Keliling asrama dipenuhi cili tanaman teknik fertegrasi. Tidak cukup dangan itu, didirikan pula Homestay utk sesiapa yang ingin merasai pengalaman bersama2 anak2 yatim disitu dan juga untuk sesiapa saja yang perlu penginapan persinggahan sementara jika ke Pengkalan Hulu. Kebersihan – tip top sekali. Saya boleh samakan kebersihan di Rumah Anak2 Yatim Pengkalan Hulu seperti di pejabat saya. Di tandas, anda tak akan jumpa sebutir lumut pun di dalam kolam. Asrama yang tersusun rapi. Jadual waktu memasak bagi pelajar2 perempuan, memasak secara berjemaah mengikut kumpulan untuk seluruh rumah anak2 yatim tersebut. Ustaz Pengetua tak perlu membazir dan pening kepala memikirkan untuk mencari tukang masak dan sebagainya. Anak2 ini dilatih basic survival skills sedari kecil. Ustaz juga creative, pelajar2 cemerlang – dicarinya penaja2 dari syarikat korporat: mereka ditaja dengan laptop dan sebagainya jika keputusan peperiksaan adalah cemerlang. Kesimpulannya, anak2 ini memang boleh berdikari tamat sahaja persekolahan mereka. Ada diantara mereka berjaya ke university dan kembali menabur bakti di Rumah Anak Yatim ini sebagai membalas jasa Rumah Anak Yatim ini kepada mereka suatu ketika dahulu.


Rumah terakhir yang kami singgah ialah rumah ibu tunggal yang baru kematian suami. Anak dua. Rumah dhaif yang bersih dan kemas. Puan Rashidah juga cantik sekali. Terharu menerima kunjungan kami.
Ibu kepada Puan Rashidah yang tidak dapat menahan sebak ketika saya bersalaman dengannya.
Panjang juga saya merepek ;). Walaubagaimanapun, yang jelas, Jalan2 Masuk Kampung anjuran team NGO WargaKilang setiap tahun, setiap edisi berjaya membawa pelbagai jenis peringatan dan benar2 mengajar kita tentang kehidupan yang kadangkala tak terjangkau dek akal kita yang kononnya senang dan mewah ini.


Wallahua’lam. Yang baik itu dari Allah swt, yang buruk itu adalah dari kekurangan diri saya sendiri.

**photos courtesy of Kamarul Sahrin - many thanks Kamarul!

Pautan ke blog rakan2 blogger dari team WargaKilang tentang episod kali ini:

Salam Ramadhan
ComeyBelako

Read More...