Kuliah Ust Rizal


Read More...

Kuliah Nisfu Syaaban

Read More...

Kuliah Sheikh Rohim



Read More...

Kuliah Ust Zaki




Read More...

Kuliah Sheikh Zainul Asri


Read More...


Read More...

Qasidah di Masjid Seri Ampangan

Read More...

Qasidah oleh pelajar Darul Hadis

Read More...

Kuliah Menjelang Ramadhan




Kuliah dirakamkan di Surau Al-Hidayah, Taman Seri Bayu, Bukit Pancor, Nibong Tebal. Pada malam Jumaat 21/7/2011. Tajuk kuliah ialah Menjelang Ramadhan

Read More...

 Terdapat beberapa perkara yang saya tak puas hati. Walaupun saya ahli PAS dan membantu(sikit je kut) kemenangan dalam tahun 2008.
  1 -  Sikap hemoi, cengi MB banyak mencalarkan imej Pas Kedah. Tak kira sapa semua disembur, Termasuk  Presiden PAS sendiri.
Insaniah bukan hak PAS, Presiden PAS bukan ada locus standi dalam bab ni. Insaniah hak kerajaan negeri

 2 - Masa kita jadi pembangkang dulu kita tentang habis auku, isa dan lain-lain undang-undang yang zalim. Bila kita menang...
Jelasnya, rayuan berkenaan boleh dibuat kepada rektor KUIN Prof Datuk Jamil Osman. Kita sokong auku pulak?

"Kalau pihak terlibat rasa tidak puas hati dengan keputusan panel tatatertib atau pentadbiran, dia boleh rayu kepada rektor."Kalau rektor pun dia tak puas hati juga, dia boleh rayu kepada menteri besar sebagai pengerusi kepada universiti," katanya. Kan Ust jadi Pengerusi KUIN. Gunalah kuasa yang ada



 3 -  Hanya orang yang takut dan malas buat kerja je yang buat camni. Sidang Dun satu hari je? Takkan YB Pas xde soalan walupun satu. Dulu masa jadi pembangkang bising-bising minta sidang dun dipanjangkan. Nak tanya banyak soalan. Bila jadi kerajaan?


4 - Isu Pusat Hibuaran ditutup di bulan puasa. Laksana tiba-tiba. Pas tu bagi kelonggaran. Flip flop. Patutnya elakkan ribuat-ribut. Bagi tmpoh 6 bulan dulu ka.


Jika pas ni Kedah tumbang balik ke BN cam Terengganu 2004 tu jangan gila talak salahkan Umno dan SPR ye..

Read More...

Kuliah Ust Shaari Osman

Read More...

Kuliah Ust Shahril Long

Read More...

Dr Lo'lo' yang saya kenali

Kita hanyalah bilangan hari. Apabila sebahagian bilangan hari itu pergi, sebahagian diri kita juga pergi. Apabila kesemua telah habis pergi, maka berakhirlah riwayat ini.

NONEHidup hanyalah sebuah perjalanan, pasti ada tarikh perhentiannya. Tiada siapa dapat menghalang, walau sehebat mana pun dia merancang.

Dunia hanya ladang untuk menuai bekalan. Dataran menuju ke persada sebenar kehidupan. Dunia ini amat sementara; ada hari datang dan ada pula hari perginya.

Apabila saya menerima berita kematian YB Dr Lo'lo' Mohd Ghazali, perasaan saya menjadi sugul. Saya teringatkan sikap prihatin beliau kepada saya sepanjang saya mengenalinya.

Paling sayu, saya teringat permintaan beliau beberapa minggu lepas ketika saya menziarahi beliau dalam keadaan yang amat uzur. Beliau meminta saya menulis sebuah puisi untuknya. Ternyata saya tidak menunaikan harapan itu sehingga beliau meninggal. Padahal, saya telah sebut 'insyaAllah'.

Hari ini jenazah beliau dikebumikan, malang sekali lagi saya tidak dapat hadir kerana ada viva student di USM.

Namun doa saya untuknya sejak saya mendengar kematiannya. Saya juga harap tulisan ini dapat memberikan manfaat yang lebih dengan saya merayu kepada pembacanya agar berdoa kepada Allah untuk diberikan rahmat dalam keampunan kepada Lo'lo Ghazali, hamba Allah yang telah pulang ke kehidupan yang hakiki.

NONESaya ingin mencoret sedikit mengenai beliau dengan kadar sedikit yang saya kenal. Saya mulakan dengan apa yang Nabi SAW nasihati kita: “Sesiapa dalam kalangan kamu yang terpaksa memuji saudaranya, maka hendaklah dia berkata: 'aku menilainya demikian, Allah jua yang menjadi penilainya yang sebenar, aku tidak akan memuji sesiapa atas nama Allah” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Ya, hanya Allah yang mengetahui hakikat kita. Kita menilai apa yang zahir, Allah jua mengetahui apa yang batin. Mungkin apa yang ada di sisi Allah lebih baik dari apa yang kita sangka dan tahu. Demikian juga sebaliknya.

Peringatan jawatan mufti


Saya bukan terlalu mengenali Dr Lo'lo'. Cuma ada beberapa coretan sekadar yang saya kenal beliau. Saya mula mengenali Dr Lo'lo' sejak sebelum saya menjadi mufti Perlis lagi. Beliau menghadiri beberapa majlis ucapan saya.

NONEKali terakhir seingat saya di UIA, semasa saya berforum. Apabila saya ditawarkan menjadi mufti pada tahun 2006, Dr Lo'lo' menghantar email mengingatkan saya tentang bahaya jawatan tersebut.

Sebagai anak bekas Mufti Perak, beliau menceritakan pengalamannya. Saya masih simpan peringatan itu. Antara yang beliau sebut “Saya juga seorang manusia yang daif tetapi saya ingin berkongsi pengalaman kerana pernah hidup sebagai anak mufti dan berkongsi pahit maungnya serta cabaran seorang mufti bagi kerajaan yang tidak mengamalkan Islam sepenuhnya.

“Banyak kali arwah bapa saya bersungut dan menyatakan kesal kerana nasihat dan pandangannya tidak dipedulikan, keputusan majlis fatwa yang dianggotainya dibuang dalam tong sampah, bagaimana payahnya berhadapan dengan sultan-sultan yang kehidupan mereka dikelilingi dengan pelbagai adat dan kebiasaan yang tidak selaras dengan Islam.

“Itu belum kira kerenah MB, exco-exco dan YB-YB lagi…itu cerita 30 tahun lalu, saya percaya kini cabaran untuk seorang mufti kerajaan adalah lebih hebat lagi. Saya berdoa agar Dr Asri dipandu untuk memilih keputusan yang terbaik dunia dan akhirat”.

Itulah antara kandungan email beliau.

NONELahir dari jiwa yang ikhlas terhadap saya dan naluri yang prihatin terhadap agama. Saya merenung kata-katanya ketika itu. Kali ini apabila saya membaca sekali lagi, saya dapat rasakan indahnya kejujuran yang terkandung dalam nasihat itu.

Ya, sering kali sesuatu lebih bernilai kita rasakan, apabila empunya telah pergi. Semoga menimbang kata-kata nasihatnya itu sebagai himpunan amalan soleh beliau.

Masuk Umno

Apabila saya menjadi mufti Perlis, saya agak terputus dengan beliau. Hanya sekali-sekala beliau bertanya beberapa perkara. Mungkin beliau rasa ketika itu saya rapat dengan pemimpin Umno.

Apabila berhenti dari jawatan mufti, pada hari yang berikutnya saya terus ke United Kongdom. Di UK, saya sempat bertemu dan berhubung baik dengan anak beliau Saudara Fawwaz yang ketika itu tinggal Manchester.

Layanan baik Fawwaz kepada saya dan keluarga ketika melawat dan berceramah di Manchester tidak dapat saya lupakan. Ini menjadikan kembali saya mengingat sikap baik ibunya kepada saya.

NONEApabila pulang ke Malaysia, kemudian berlaku peristiwa saya ditahan JAIS dan ke mahkamah, ramai pemimpin politik dan NGOs yang hadir. Dr Lo'Lo' yang ketika itu uzur juga turut hadir ke mahkamah di Gombak.

Sempat saya bercakap dengan beliau. Saya ingat lagi, beliau kata kepada saya: “Ini ada hikmahnya, ujian dan cabaran, Allah mahu ustaz memimpin rakyat, turut ke medan, bersama-sama mengubah keadaan yang ada”.

Saya diam. Saya akur. Saya tahu beliau jujur. Hati nuraninya yang sayangkan kebaikan dan bencikan kezaliman itu tidak dapat disembunyikan sekalipun di sebalik tubuh yang uzur. Selepas hari itu, agak kerap juga kami bertanya khabar.

Kadang-kala beliau bertanya saya pandangan dalam pelbagai isu agama. Beliau fahami pendirian saya. Beliau saya rasa suka dengan cara apa yang saya faham mengenai beberapa perkara dalam Islam ini.

anwar ibrahim and umnoApabila timbul berita saya akan masuk Umno, Dr Lo'lo' menghubungi saya dengan tegas. Kata beliau:“Janganlah ustaz tambahkan sakit saya dengan berita-berita yang macam ini. Saya pernah teramat kecewa apabila Anwar Ibrahim masuk Umno. Saya harap ustaz tidak mengulangi kesilapan itu. Saya akan amat kecewa jika ustaz membuat tindakan yang sama”.
Cabaran dunia

Saya meminta beliau memberikan masa agar spekulasi itu berakhir lagi dua tiga hari. Beliau terus mengingatkan saya agar jangan tersilap langkah. Keesokannya, barangkali beliau mendengar desus-desas itu makin kuat, maka beliau sms kepada saya dengan tegas, katanya: “mati hidup semula saya tidak akan mempercayai ustaz lagi jika ustaz masuk Umno.

“Apakah ustaz takut kepada cabaran di dunia ini? Atau mengharapkan kedudukan di dunia sehingga sanggup hendak masuk Umno? Jika ustaz tidak mahu masuk PAS pun, janganlah masuk Umno”.

Saya simpati dan rasa bersalah memandang beliau uzur. Saya terus bercakap dengannya dengan memberikan jaminan bahawa apa yang beliau khuatiri itu insyaAllah tidak berlaku. Saya beritahu bahawa pimpinan PAS lain, khusus Ketua Dewan Ulama PAS juga telah bercakap dengan saya dan memberikan nasihat.

young ulama join umno 250610 02Namun, apabila 40 orang ulama muda masuk Umno, Dr Lo'lo sekali lagi berhubung dengan saya dan berkata: “Tergamak ustaz membiarkan sahabat-sahabat ustaz masuk Umno, sedangkan saya ini bersusah payah hendak memastikan mereka yang berpegang dengan manhaj al-Quran dan as-Sunnah masuk ke dalam PAS.

“Jika Tuan Guru Nik Aziz tidak ada nanti, macam manalah perjalanan PAS ini. Ini, ustaz pula biarkan kawan-kawan masuk Umno”.

Saya diam. Ada perkara yang saya tahu yang mungkin beliau tidak tahu. Begitulah sebaliknya. Apa pun, saya amat berterima kasih, sikap beliau yang sentiasa prihatin kepada perkembangan Islam dan masa depan dakwah. Beliau seorang serikandi, seorang mujahidah, seorang yang jujur dengan keyakinannya.

NONESaya tahu, ya kadang-kala apabila saya mengkritik tokoh utama Pakatan Rakyat Dr Lo'lo' kurang selesa. Dia akan sms melahirkan ketidakpuasan hatinya. Kadang-kala bahasanya 'tegas'.

Saya sering tersenyum apabila membaca smsnya. Ya, bukan semua perkara kita dapat sama dan seiya sekata. Namun, yang pasti ia adalah kata-kata yang datang dari seorang yang prihatin.

Namun, beliau lama-lama biasa dengan sikap saya yang memberikan pandangan kepada kedua belah pihak. Sebelum muktamar PAS beliau memohon agar saya mewar-warkan semula artikel lama saya 'Ulama atau professional jadi pemimpin'.
Hamba Allah yang baik

Beliau kata, beliau ingin meminta supaya Harakah menyiarkannya semula. Saya tahu aliran pemikiran yang ingin ramaikan professional dalam kepimpinan PAS.

Apabila saya mendapat berita beliau amat uzur dan berada dalam keadaan kritikal di hospital, saya hubungi Fawwaz. Saya pohon untuk menziarahinya. Saya pergi dengan beberapa orang sahabat, sebahagian mereka ustaz-ustaz.

NONEDr Lo'lo' meminta untuk hanya saya sahaja yang masuk dahulu. MasyaAllah, saya melihat seorang serikandi mujahidah dalam kedaan yang uzur terbaring di katil.

Wajahnya sudah kelihatan bengkak. Pun, begitu masih lagi dengan pakaian muslimahnya. Beliau menangis ketika itu. Dalam celahan itu saya mendengar indahnya kata-kata beliau: “ustaz, saya bimbang saya tidak dapat menjadi hamba Allah yang baik”.

Kata-kata itu menusuk ke dalam jantung saya bagaikan cahaya ruhi yang menyelinap masuk ke dalam urat nadi. Ia adalah kata-kata yang lebih murni dari segala lafaz seni, kata-kata yang lahir dari nurani insani yang mendambakan kasih-sayang Allah.

Kata-kata yang tidak lahir di saat-demikian melainkan dari jiwa yang sentiasa berhubungan cinta dengan Allah. Demikian penilaian saya. Hakikat yang sebenar kembali kepada Allah.

NONEKemudian, sempat beliau berpesan kepada saya untuk terus memberikan pandangan kepada PAS dan beliau bersyukur segala usaha beliau dan sahabat-sahabatnya mula melihatkan hasil dalam PAS.

Beliau meminta saya tuliskan sebuah puisi untuk beliau. Saya berjanji insyaAllah. Nampaknya, puisi itu akan lahir selepas pemergian beliau.

Ustaz sampul

Selepas habis berbicara dengan saya, beliau mengizinkan sahabat-sahabat yang bersama saya masuk. Dalam keuzuran yang amat sangat itu, beliau masih sempat memberikan nasihat.

sitting in a mosqueAntara yang beliau kata; “Maaflah saya ingin sebut, ustaz-ustaz ini jangan asyik fikirkan sampul sahaja. Ramai yang rasa selesa, hanya dok berkuliah dalam masjid, selepas itu seronok dapat sampul duit tapi tidak mengambil tahu apa yang berlaku kepada umat; khususnya anak-anak muda kita kat luar sana”.

Ya, itulah kata-kata beliau. Ia amat benar. Itu penyakit yang menimpa ramai yang memakai gelaran ustaz atau 'pendakwah'.

Pahit yang terpaksa diakui, bukan sedikit yang fikirannya berlegar kepada wang dalam sampul yang akan menjadi habuan selepas kuliah atau ceramah. Bukan salah. Namun, apabila itu dijadikan buruan, maka ramai yang mengelak diri dari arus dan tribulasi perjuangan.

NONEKata-kata Dr Lo'lo' itu terbit dari hati nurani seorang daiyah (pendakwah). Bukan singkat masa beliau menelusuri pengalaman dan perjuangan.

Ya, beliau banyak di medan politik. Sebahagian ijtihad siyasi dan pandangan politiknya mungkin berbeza dengan saya. Namun, saya tetap hormati jasa dan sumbangannya. Zahir pada kehidupan sebagai seorang muslimah dan mujahidah. Berjuang membela keyakinannya mengenai Islam dan keadilan.

Sebagai seorang sahabat dan insan yang masih hidup atas bumi ini, saya hanya mampu berdoa untuknya agar dilimpahi rahmat dan keampunan, kemudian meneruskan perjalanan hidup ini sehingga sampai ke destinasi seperti mana beliau pun telah menamatkannya.

Dr Mohd Asri Zainul Abidin adalah bekas mufti Perlis dan surat ini dikirimkannya kepada Malaysiakini, lewat petang semalam

Read More...

 

Assalamualaikum wbt

Seperti yang dijangka, TV3 dan sekutunya akan kata PAS tunduk kepada tekanan DAP. Di tuduh pula dalam Buletin Utama tadi, saya yang membawa berita kepada PAS Pusat bahawa Kerajaan Kedah telah menarik balik larangan Operasi Pusat Hiburan Di Bulan Ramadhan di Kedah! Hah!

Mari kita memahami isunya dulu, baru kita buat kesimpulan.

Posting saya sebelum ini menegaskan MB tak akan berundur. Berundur daripada apa? Berundur daripada menseragamkan penguatkuasaan Enekmen Hiburan Dan Tempat-tempat Hiburan 1997 seperti yang diluluskan dalam Mesyuarat Exco 4 Mei 2011. Ia tetap akan dilaksanakan seperti yang diputuskan.

Siapa yang mendesak?? MCA, Gerakan dan DAP! Apa desakan mereka?…Hapuskan Enekmen itu! Kalau tidak kami saman! Kata Tan Kheng Liang, Ketua Pemuda Gerakan.

Apa yang terkandung dalam Enekmen itu? Bila diluluskan?

Ia adalah tatacara menjalankan aktivit hiburan dan perniagaan berkaitan hiburan,. Apa aktiviti yang termasuk dalam Enekmen ini? Banyak! 13 kategori semuanya… termasuk karaoke, pentomin, panggung wayang, laser disc, MTV, persembahan pentas, sarkas, pancaragam dengan penyanyi, bowling, snuker, billiard, bar, simulator, disko, pub dan lain-lain Ia diluluskan diluluskan pada 1997 dan diwartakan pada 12 Febuari 1998.

Apakah Syarat Am no. 8?

Dalam Jadual C, Enekmen itu muka surat 150 Warta bertarikh 12 Febuari 1998, dinyatakan dengan jelas syarat am no.8 seperti berikut: … Jenis-hiburan yang tersebut di atas tidak boleh diadakan pada bulan Ramadhan atau pada hari Jumaat (iaitu, antara jam 6 petang hari Khamis dan jam 2.30 petang hari Jumaat)kecuali izin bertulis daripada Pihak Berkuasa Negeri diperolehi.

Syarat inilah yang cuba diseragamkan ke seluruh negeri melalui satu kertas Exco yang diluluskan pada 4 Mei 2011, antara lain kelulusan itu menyatakan seperti berikut:

i. Mengeluarkan arahan kepada semua Pegawai Perlesenan D0aerah (Pegawai Daerah) untuk menguatkuasakan penutupan pusat-pusat hiburan dengan kerjasama pihak polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

ii. Bersetuju mengecualikan pertunjukkan berkaitan dengan keagamaan dan kepercayaan sesuatu kaum dengan syarat tidak menimbulkan kacau gangu dan mendapat sokongan daripada Pegawai Perlesenan Daerah untuk dihantar bagi mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.

iii. Bersetuju kelulusan Muktamad adalah kuasa Pihak Berkuasa Negeri.

Persetujuan juga termasuk mengklasifikasikan semula jenis hiburan , dengan mengeluarkan aktiviti bowling, billiard, snooker dan sukan-sukan lain daripada takrif hiburan.
Langkah-langkah Penyelesaian

Kerana yang membantah dan menentang ialah masyarakat bukan Islam terutama masyarakat cina, YAB MB memanggil Dewan Perhimpunan Cina Kedah sebagai wakil pengusaha/operator 300 pusat hiburan untuk mendengar pandangan dan keluhan. Dia tidak memanggil Tan Kheng Liang, Chong It Chiew atau Chor Chew Hung! Sekitar 30 orang operator hiburan turut hadir.

Salah sangka – seperti sangkaan MCA, Gerakan dan DAP!

Mereka sangka tentang 13 kategori/jenis hiburan itu diarah tutup semuanya. Mereka sangka tentang jalan keluar dari isu ini hanyalah melalui membatalkan Enekmen 1997 itu. Mereka terlupa syarat no.8 itu ada tercatat pada borang memohon lesen yang mereka tandatangani. Mereka sangka peraturan ini hanya berlaku di daerah tertentu sahaja. Mereka tidak tahu beberapa kategori sukan dikecualikan dari takrif hiburan dalam Enekmen. Semua persepsi ini dibina oleh MCA, DAP dan Gerakan melalui media.

Pendekatan bijak berasaskan agama – bukan perasaan dan sentiment kaum dan politik sempit.

YAB MB memberi penjelasan dan mereka memberi beberapa pandangan dan perakuan dalam memorandum 3 halaman. Secara umum, hiburan tidak dilarang oleh agama selain Islam, dan Ramadhan adalah bulan suci umat Islam sahaja. Di sebalik 300 operator hiburan, ada 6,000 jiwa pekerja mereka yang terpaksa berhenti selama sebulan akibat penutupan itu.

Cadangan mereka ialah (3.1 hingga 3.3) merayu pusat hiburan dizinkan beroperasi mengikut peraturan yang sedia ada. Tidak beroperasi malam Jumaat dan memastikan orang Islam tidak memasuki premis sepanjang Ramadhan. Jika didapati ada pengunjung Islam, mereka bersedia lesen mereka dibatalkan. – Maknanya, operasi sepanjang Ramadhan 100% untuk bukan Islam. Mereka beri komitmen untuk memastikan hal ini - Jadi apa masalahnya?

Mereka memohon sambutan ‘bulan hantu’ masyarakat cina yang disambut hampir sama dengan Ramadhan dibenarkan diadakan persembahan seperti biasa. Mereka akan pastikan kemuliaan bulan Ramadhan akan terpelihara tanpa sebarang kacau ganggu untuk kepentingan hidup bersama.

Kebijaksanaan Berdasarkan Suasana Semasa

Secara umum, MB bersetuju pusat hiburan dibenarkan sepanjang Ramadhan untuk masyarakat bukan Islam sahaja kerana itu hak mereka, dan kerajaan juga harus memastikan umat Islam terhindar daripada perkara-perkara yang menjejaskan ibadah sepanjang bulan itu. Enekmen yang sudah diwartakan harus dikuatkuasakan untuk kepentingan semua pihak. Ini tanggungjawab sebuah kerajaan.

MB menyatakan isu penguatkuasaan Enekmen ini akan diserahkan kepada pentadbiran pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Perlesenan Daerah. Mereka akan timbangkan kelonggaran yang diminta berdasarkan peraturan sedia ada dan cadangan yang dimukakan. Selesailah isu sensasi yang sengaja dipanaskan ‘tak ketahuan punca’ itu. Tidak timbul sama sekali pembatalan larangan atau ‘tarik balik’ kerana takutkan DAP!

Inilah sebahagian kandungan taklimatkan kepada Mesyuarat Bulanan Jawatankuasa PAS Pusat semalam. Saya juga menjawab dan menjelaskan beberapa persoalan Jawatankuasa PAS Pusat yang kurang jelas dalam beberapa isu di akhbar dan media internet. Daripada beribu komen yang dilontarkan sebaik pengumuman oleh MB pada hari Rabu lalu, hamper tiada yang menentang. Ada sedikit pandangan supaya diberi kelonggaran kepada bukan Islam yang berniaga sesama mereka dalam bulan Ramadhan ini.

Dalam sidang media selepas mesyuarat itu, YB Dato’ Seri Hj Hadi Awang, Presiden PAS menegaskan beliau berpuas hati dengan kebijaksanaan Kedah menyelesaikan isu ini berdasarkan lunas-lunas agama. Memberikan hak kepada bukan Islam mengamalkan cara hidup mereka, dan mengawal umat Islam dari terjerumus dalam amalan yang tidak selari dengan tuntutan Islam - yang menjadi hak dan tanggungjawab kerajaan dan umat Islam.

Beliau kesal dengan manipulasi media yang berniat melagakan parti-parti dalam PR dan mengelirukan masyarakat awam. Beliau mengalu-alukan langkah ke hadapan Kerajaan kedah dalam menguruskan kehidupan masyarakat majmuk dengan penuh kebijakan berasaskan keperluan dan suasana semasa. Tidak ada sepatah pun Presiden PAS menyatakan Kedah menarik balik larangan itu…

Apa makna tarik balik larangan itu? Ia bermakna Kedah membetalkan Enekmen 1997 itu atau menghapuskan syarat am no 8… Adakah kita bergerak ke arah itu? TIDAK! Kita guna Kuasa Pihak Berkuasa Negeri seperti yang diperuntukkan di bawah undang-undang untuk menyelesaikan satu isu yang tak permah selesai di zaman Barisan Nasional. Selamatlah Umat Islam dari gejala yang menjejaskan Ibadah sepanjang Ramadhan tahun ini dan Ramadhan tahun-tahun berikutnya… Kalau boleh, biarlah ia berkekalan hasil tindakan bijak kerajaan dalam Madrasah Ramadhan 1432 ini!

Read More...

Ahlan Wasahlan Wa Marhaban Bikum

Sumber dari Pas Sembrong(blog dia pun kena hack)
Lazimkan membaca doa ini. Semoga kita semua diberi peluang melalui madrasah Ramadhan.

Ramadan menjelma kembali - Kisah mencari mutiara 

di dalam gua

Suatu hari di tengah teduhnya cahaya matahari duduk melingkar para murid di bawah pohon menghadap ke guru mereka yang duduk tenang di atas sebuah batu.

"Wahai muridku, carilah sebuah gua di hujung kota ini yang gelap, setelah berada di dalamnya, maka bagi yang mendapatkan banyak benda akan merasa menyesal, begitu juga yang dapat sedikit juga menyesal, dan yang tidak dapat apa-apa juga akan menyesal. Pergilah! Dan carilah gua itu. Ambil atau tidak benda yang ada di dalamnya," ucapnya terakhir guru tersebut sebelum muridnya segera pergi meninggalkan guru tercintanya,"

Beberapa murid berkerut kening mendengar penjelasan itu. Tanpa menjawab pertanyaan para muridnya untuk bergegas pergi. Disingkatkan cerita, para murid sampai kepada gua itu. Tanpa rasa takut mereka segera masuk ke dalam gua tersebut. Semakin ke dalam gua itu, semakin gelap. Segalanya begitu gelap dan sunyi senyap. Mereka saling bertanya dalam hati, di manakah gerangan benda yang dimaksudkan oleh guru mereka itu. Semakin ke dalam yang ditemukan oleh mereka hanyalah kegelapan.


Tiba-tiba...

"Aku terpijak sesuatu!!" satu orang berteriak.

"Aku juga terpijak sesuatu!!" suara yang lainnya.

"Aku juga!!"

"Aku juga!!"

Tak lama semuanya terdiam. Berfikir sejenak apa yang mereka injak. Mungkin juga benda yang mereka injak adalah benda yang dimaksudkan oleh guru mereka. Ada yang mengambil benda yang itu dengan sebanyak-banyaknya dengan memasukkannya ke dalam beg dan baju mereka.

Ada juga yang mengambil benda yang tidak mereka ketahui itu. Tapi mereka hanya mengambil benda itu ala kadar saja.

Ada juga yang langsung tidak mengambil apa-apa.

Kemudian, para murid itu segera keluar dari gua. Tiba-tiba gua itu tertutup dengan sendiri. Cahaya di luar gua mempamerkan apa barang yang mereka ambil. Benda-benda itu adalah mutiara yang tak ternilai harganya!

Melompat kegiranganlah mereka yang mengambil mutiara itu sebanyak-banyaknya. Tetapi timbul rasa mereka menyesal kerana tidak mengambil dengan lebih banyak lagi.

Begitu juga dengan mereka yang mengambil ala kadar sahaja. Mereka menyesal, kerana tidak mengambil mutiara itu dengan sebanyak-banyaknya.

Dan yang yang paling menyesal sekali adalah mereka yang tidak mengambil mutiara itu sebiji pun. Menyesali diri mereka dengan sedalam-dalamnya.

Lalu mereka teringat apa yang diucapkan oleh guru mereka. Mereka semua akan menyesal. Mereka yang mengambil benda dengan sebanyak-banyaknya, mengambil benda secukupnya, dan tak mengambil apa pun semuanya berada dalam penyesalan. Ah, sekali lagi perkataan guru mereka terbukti benar. Mereka segera kembali menuju tempat guru mereka. Ingin mereka membenarkan apa yang telah dikatakan oleh guru mereka.

Guru itu masih berada di tempat yang sama. Dia menanti murid-muridnya dengan penuh senyuman. Murid-murid guru tersebut pun segera membuat lingkaran seperti awal mereka sebelum berangkat.

"Guru, apa yang kau katakan benar adanya. Kami semua merasakan penyesalan," satu suara mengawali percakapan.

"Apa maksud ini semua guru?" satu suara mulai bertanya lagi. Guru itu sepertinya sudah menunggu seseorang untuk menanyakan hal yang telah mereka kerjakan.

"Maksud dari ini semua adalah tentang Ramadan wahai muridku," jawab gurunya.

Murid-murid tercengang tak mengerti apa yang dimaksudkan oleh guru mereka.

"Ya, andai kata Ramadan itu sebuah gua yang gelap, maka mutiara-mutiara itu adalah pahala amal yang bertaburan di dalam bulan Ramadhan."

"Ketika kamu memasuki gua itu, sebahagian ada yang mengambil mutiara itu sebanyak-banyaknya, sebahagian ada yang mengambil secukupnya saja, dan sebahagian ada yang tidak mengambil apa-apa. Lalu pada hujungnya kamu ditimpa penyesalan yang mendalam,".

Murid-murid mulai tertunduk mendengarkan tazkirah gurunya.

" Andaikan Ramadan itu sebuah gua, maka mutiara-mutiara itu adalah pahala yang bertebaran di bulan ini. Beberapa orang mengambil pahala sebanyak-banyaknya maka di akhir Ramadhan dia akan menyesal, andaikan dia mampu mengambil pahala dan beribadah lebih banyak lagi di bulan ini. Beberapa orang yang mengambil pahala sekadarnya saja di akhir Ramadhan, ketika mentari Syawal menjelang, dia akan menyesal, andaikan dia mampu meraih pahala lebih banyak bukan hanya sekadar saja," lanjut guru mereka.

"Dan mereka yang tidak mengambil pahala apa pun di bulan Ramadan adalah mereka yang paling menyesal. Menyesal akan waktu yang telah berlalu dengan sia-sia sehingga tidak ada pahala yang mereka ambil. Mereka menyesal, andaikan mereka mendapatkan pahala walau hanya setitik saja. Tetapi kesimpulannya, kesemuanya akan mengalami penyesalan di bulan Ramadhan!"

Beberapa murid mulai menitiskan air mata mereka.

" Murid-muridku, ketika kita berada di bulan mulia ini maka manfaatkanlah bulan mulia ini dengan sebaik-baiknya. Ambillah pahala itu dengan sebanyak-banyaknya. Jangan sampai kamu menyesal di penghujungnya kerana telah membiarkan bulan ini berlalu dengan sia-sia. Raihlah pahala yang bertebaran itu. Di setiap sudut pahala itu begitu mudah untuk kau dapatkan. Begitu banyak Allah menaruh pahala itu, semua itu disediakan untukmu. Untukmu, hamba yang paling dicintai oleh Penciptanya. Jangan mensia-siakan pahala itu muridku," ujar gurunya itu.

Murid-murid menangis. Menangisi Ramadhan yang ada di hadapan mereka tetapi belum tinggi usaha yang mereka lakukan untuk meraih pahala yang begitu banyak tersedia.

Senja berubah menjadi lembayung jingga. Masih adakah kesempatan bagi hamba-Mu Ya Allah untuk meraih pahala di bulan mulia Ramadan ini? Berikan kami kesempatan wahai Zat Yang Tak Pernah Mengenal Seksa pada hamba yang dikasihi-ya....

Nasyid Welcome Ramadan (Ahlan Ramadhan) oleh Mishary Rashid Al-Afasy

Read More...

Selepas menikmati segelas teh lebih kurang jam 9.00 pagi tadi, al-brangi mengambil keputusan untuk naik motor. Kalau naik kereta sudah tentu jalan di Dato' Keramat menuju ke Masjid Al-Akram di mana jenazah Allahyarhamah YB Dr. Lo Lo'disolatkan akan penuh sesak.

Tekaan al-brangi memang tepat ,jalan penuh sesak tapi petugas unit amal membenarkan penunggang motorsikal parkir di dalam perkarangan Masjid Al-Akram.

Kelihatan saf pimpinan PAS/Pakatan Rakyat, penyokong dan pendokong PAS/Pakatan Rakyat dari segenap lapisan masyarakat, Cina, India, tua, muda membanjiri perkarangan dan dalam Masjid Al-Akram, Dato' Keramat.

Solat jenazah Allahyarhamah YB Dr.Lo Lo' diimami oleh TG Abdul Hadi Awang Presiden PAS. Kami berhimpit dan saya nampak setiap ruang dari depan hingga belakang sehingga ketingkat atas dipenuhi oleh mereka yang menyayangi pejuang Islam dan rakyat marhaen ini......tapi Allah lagi menyayangi Allahyarhamah.

Jenazah allahyarhamah yang ditutupi dengan kain batik kelihatan diusung keluar Masjid.


Jenazah Allayarhamah dimasukkan kedalam keranda dan diusung keluar .
Orang ramai kelihatan berebut-rebut untuk turut mengusung jenazah .
Perjalanan terakhir sebutir permata kurniaan Allah yang berjuang untuk Islam, mencari keadilan kepada pengundi Parlimen Titiwangsa khasnya ke tanah perkuburan.

Perjalanan terakhir......pemergian sebutir bintang.....pejuan rakyat marhaen...ditangisi rakyat berbilang kaum bebagai peringkat.....selamat jalan wahai pejuang Islam dan rakyat marhaen...pergilah menghadap Tuhan Mu Allah yang Maha luas pintu Rahmat dan Ni'mat. AlFatihah untuk Allahyarhamah Yb Dr. Lo Lo'.
Lautan manusia termasuk Muslimat dari Sarawak seperti yang tertera divestnya turut mengiringi jenazah ke perkuburan yang terletak lebih kurang satu kilometer dari Masjid .
Para petugas sedang sibuk mengembumikan jenazah Allahyarhamah di bawah kanopi itu .

Selamat bersemadi wahai pejuang Islam semoga roh mu sentiasa dirahmati dan dicucuri mi'mat yang berlimpah ruah oleh Tuhan mu Allah SWT .
Saksikanlah, disinilah bersemadinya Allahyarhamah Dr. Lo Lo' Mohd Ghazali bekas ahli Parlimen Titiwangsa yang telah pulang
ke Rahmatullah kira jam 10.15 malam tadi 17 Julai 2011 kerana menghidap sakit kanser
di Hospital Selayang

Kelihatan TG Abdul Hadi Awang Presiden PAS keluar dari perkuburan sebaik saja selesai pengebumiaan dan doa selamat kepada Allahyarhamah .


Di antara saf pimpinan. Kelihatan Dr'Hatta masih berlinangan air mata......sedih dengan pemergian Allahyarhamah . Keliahatan juga ramai penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat yang bercucuran air mata .

Kelihatan juga YB Tian Chua, Ahli Parlimen Batu lengkap dengan baju Melayu dan songkok di perkuburan. Apa komen 'perkasa' ?

YB Loh Gwo Burne, Ahli Parlimen Kelana Jaya kelihatan sugul juga berada di perkuburan .

YB Ronnie Liu Exco Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor juga ikut serta di tanah perkuburan untuk memberi penghormatan terakhir .
Kelihatan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof yang juga merupakan Ahli Parlimen Rantau Panjang ditemuramah oleh wartawan sebaik saja selesai urusan perkebumiaan Allahyarhamah Dr. Lo Lo' .

al-brangionline:

Dari Allah kita datang.....kepadaNYA jua kita kembali. Takziah kepada seluruh kaum keluarga Allahyarhamah Dr. Lo Lo' Mohd Ghazali. Al-Fatihah.

p/s

Kita pasti kembali dari dunia yang sempit lagi sementara ini kepada keluasan akhirat yang kekal abadi. Beruntunglah mereka yang membawa amal soleh untuk menghadap TuhanNYA dan hati yang SUCI BERSIH. Berjuang di jalan Allah untuk manusia sejagat juga dikira amal soleh.Al-brangi Online

Read More...

    Takde ke sapa-sapa yang boleh nasihat Ust Azizan? Presiden pun boleh kena toi camtu je. Bincang dulu dengan Majlis PR(ada ke tak?) peringkat negeri.
    Teringin gak kalu Ust Azizan buat perjumpaan dengan semua ketua-ketua agama kat Kedah cam TG Nik Aziz buat dulu. Pastu di akhir perjumpaan baru keluar kenyataan. UMNO pun mati kutu nak jawab.
    Tapi bukankah Kedah tak sama dengan Kelantan? Kami ikut cara kami(ust azizan?).
    Isu pelajar Kuin digantung pun imej kita dah tercalar. Isu pusat hiburan ni?

Read More...

Jenazah Mutiara Srikandi PAS selamat dikebumikan.

Jenazah ahli parlimen PAS Titiwangsa, Allahyarhamah Dr Lo Lo' Mohd Ghazali selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Datuk Keramat di ibu negara kira-kira jam 11.10 pagi ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memimpin solat jenazah bersama-sama ribuan jemaah di Masjid al-Akram, Datuk Keramat.

Turut hadir memberikan penghormatan terakhir, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, ahli parlimen Pakatan Rakyat dan juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Shahrizat Jalil.

Hadir sama naib presiden PAS Salahuddin Ayub, Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR) dan Ketua Dewan Muslimat Siti Zailah Yusof.

Dr Lo' Lo' meninggal dunia pada jam 10.13 malam semalam di hospital Selayang di Kuala Lumpur. Allahyarhamah berusia 54 tahun.

Berita kematian allahyarhamah dimaklumkan dalam laman Facebook dan Twitternya atas nama keluarga.

Beliau dalam keadaan kritikal akibat penyakit barah paru-paru sejak akhir Julai 2009.

Allahyarhamah adalah anak perempuan bekas mufti Perak, Datuk Mohd Ghazali Abdullah.

Ahli parlimen itu meninggalkan seorang suami, Dr Aminuddin Abdul Hamid Karim dan empat orang anak - dua lelaki dan dua perempuan.

Lebih 2,000 orang ramai termasuk penyokong PAS dan penduduk parlimen Titiwangsa mengunjungi dan mengiringi beliau ke tanah perkuburan.

Sebelum itu, dewan solat Masjid Al-Akram sesak dengan orang ramai yang mahu memberi penghormatan terakhir kepada Dr Lo' Lo'.

Dr Lo' Lo' aktif dalam Dewan Muslimat PAS tetapi sejak 8 Mac 2008, banyak menumpukan perhatiannya kepasda parlimen Tititwangsa, yang dimenanginya, dengan menewaskan calon BN, Aziz Jamaluddin Mohd Tahir dengan majoriti 1,972 undi. -mk

Ulasan GB

Tuhan lebih menyayangimu, namun kami yakin sekalipun engkau telah pergi meninggalkan kami, roh perjuanganmu tetap sentiasa bersama kita....

Allahummagh firlaha, warhamha wa'afihi wafu'anha..


Read More...

Perginya seorang srikandi islam. Dr Lo' Lo' Ghazali

MP PAS Titiwangsa Dr Lo' Lo' meninggal dunia'




Ahli parlimen PAS Titiwangsa, Dr Lo Lo' Mohd Ghazali meninggal dunia pada jam 10.13 malam ini di Hospital Selayang Hospital di Kuala Lumpur. Allahyarhamah berusia 54 tahun.Berita kematian Allahyarhamah dimaklumkan dalam laman Facebook dan Twitter Allahyarhamah atas nama keluarga.

Siang tadi Dr Lo' Lo' berada dalam keadaan kritikal daripada penyakit barah yang dialaminya. Dr Lo' Lo' adalah anak perempuan bekas mufti Perak, Datuk Mohd Ghazali Abdullah.

Beliau sangat aktif dalam Dewan Muslimat PAS tetapi sejak 8 Mac 2008, banyak menumpukan perhatiannya kepasda parlimen Tititwangsa, yang dimenanginya, dengan menewaskan calon BN, Aziz Jamaluddin Mohd Tahir dengan majoriti 1,972 undi.

Sementara itu, Harakahdaily melaporkan, anak Allahyarhamah, Muhd Fawwaz, memberitahu jenazah ibunya diuruskan di Masjid al-Akram, Datuk Keramat pagi esok.



    Nama Dr Lo’Lo’ agak sukar dilafazkan kerana ia berasal dari bahasa Arab yang bermakna permata mahal dari lautan. Jikalau dalam Bahasa Arab pun 
sebuhttp://4.bp.blogspot.com/_IMIbo7OvN2w/R0J72H-zKAI/AAAAAAAAADE/t_nSj0oswnM/s400/lo.jpgtannya susah disebut, tetapi bertentangan dengan tuan tubuh yang bernama Lo’Lo’ beliau seorang yang mudah dan senang bergaul. Sifat ramah dan tamahnya sesekali sebagai ibu, kakak dan kawan  membuatkan kita amat selesa berada dalam persahabatannya.


    Lo’Lo’ tidak pernah mengecewakan permintaan rakan seperjuangannya dan selalu mendahulukan urusan parti dari kepentingan dirinya malah keluarganya sendiri. Selalu beliau bergurau dengan saya, tatkala saya membuat komplen terlalu sibuk dengan parti. Dr Lo’Lo’ menjawab awak takpalah muslimin (lelaki), saya muslimat terpaksa tinggalkan suami di rumah untuk urusan parti. Mendengar gurauan itu, ia benar-benar menyusup ke dada saya tentang kecekalan seorang sahabat dan seorang yang saya anggap kakak saya. Berita pemergiannya menyentap hati dan sanubari kerana suka duka kenangan seorang muslimat Pas yang bernama Dr Lo’Lo’ Ghazali.
    Saya mula mengenali Dr Lo’Lo’ semasa dalam kepimpinan pemuda dalam beberapa program parti. Kakak saya Aida Binti Haji Yusof Rawa seorang aktivis muslimat memperkenalkan saya dengan Dr Lo’Lo, malah Dr Lo’Lo’ pernah menghadiri perhimpunan keluarga kami bagi meraikan keluarga besar Haji Yusof Rawa. Beliau diberi ruang berucap dan memuju Haji Yusof Rawa sebagai mempunyai keluarga yang besar dan anak-anaknya mampu menghimpunkan seluruh keluarga. Kehadiran Dr Lo’Lo’ dalam majlis kami hari itu cukup menyerikan dan saya masih terkenang itulah pertama kali saya mengenali beliau dengan cara dekat. Mulai itu saya menjadi rakan seperjuangannya apatah lagi semasa berada bersama dlam AJK Pas Pusat.
    Banyak masa bersama Dr Lo’Lo’ ialah semasa kempen PRK. Beliau akan senantiasa aktif berkempen secara agresif dan kadang-kadang tak terdaya saya mengejarnya. Selalu beliau akan mengejek saya secara berseloroh: “Macamana ni muslimin (lelaki) dah tak larat, kami muslimat boleh jalan lagi ni” kecuali PRK Bagan Pinang, langkahnya perlahan malah dilihat tercungap-cungap keletihan.
     Walaupun saya dah biasa dengan Dr Lo’Lo’ dalam siri-siri kempen, kali ini saya merasai Dr Lo’Lo’ agak keletihan. Beliau menjawab, dia tak berapa sihat, malah dia cuma mampu berada sehari dua sahaja di Bagan Pinang. Saya merasa kekok bila Dr Lo’Lo’ tidak hadir malah pernah menaliponnya, lalu dia menjawab tak berapa sihat.
      Saya pernah bersama Dr Lo’Lo’ bermusafir ke luar negara dalam rombongan ahli Parlimen ke Gaza sejurus setelah Gaza di tawan Israel. Semangatnya yang cekal untuk bersama 10 orang ahli Parlimen PAS memang mengkagumkan. Sepanjang perjalanan beliau nampak bersemangat walaupun kami terpaksa beberapa hari di perbatasan Mesir dalam kesejukan. Begitu juga terpaksa melalui jalan darat ke Jordan, Syria, Dr Lo’Lo’ tetap bersemangat. Sememangnya semangat Dr Lo’Lo’ terhadap perjuangan Palestine memang kental, malah dalam perjalanan beliau membeli mafla bersimbolkan Palestine itu dan memberikannya setiap seorang. Selebihnya saya membeli 10 mafla Palestine untuk saya agih-agihkan pada sahabat-sahabat di Malaysia. Sambil dia mengemaskan saya mafla Palestine dia berseloroh lagi “tak dapat pergi Gaza pun, promosi mafla Hamas pun dah kira pahala tu”.
       Ada juga peristiwa lucu ketika kami tersadai di Lapangan Terbang Damaskus gara-gara imigresen yang melambat-lambatkan kami. Dr Hatta yang terkenal kerana gurauannya yang tak kira tempat, berseloroh dengan kami sambil kami duduk di lantai dewan ketibaan. Kata Dr Hatta sambil menunjukkan tangannya: “Ini orang-orang gaji yang tak ada tuan yang nak ambil depa, yang ini (tunjuk kepada Dr Lo’Lo’) mahal sikit sebab dia putih yang ini (tunjuk kepada Dr Maria) murah sikit sebab hitam . . .” Kami tertawa dengan gelagat Dr Hatta dan Dr Lo’Lo’ menampakkan wajahnya kemerahan nak tergelak dan marah pun ada. Itulah telatah bersama Dr Lo’Lo’ dalam bermusafir ke Mesir, Syria dan Jordan.
    Dalam Parlimen Dr Lo’Lo’ sebagai Ahli Dewan Rakyat Titiwangsa, sememangnya lantang dalam Parlimen khususnya dalam soal-soal menegakkan keadilan dan membela isu Kampong Baru yang hendak
diperbadankan. Saya masih ingat semasa kempen GMI atau Gerakan Mansuhkan ISA, Dr Lo’Lo’ dilihat mengedar badge GMI di Parlimen termasuk kepada wakil rakyat BN. Apa lagi, marahlah mereka dalam dewan kerana sikap “persuasive” Dr Lo’Lo’ berkempen. Termasuk ketegasan Dr Lo’Lo’ ialah tentang rokok, saya masih ingat perdebatan hangat di dewan tentang penajaan syarikat tembakau dalam sukan bolasepak. Dr Lo’Lo’ bertegang leher dengan Ahli Dewan Rakyat Arau, Yb Ismail Kassim yang bertegas bahawa jika tidak ada penajaan syarikat tembakau maka sukan bolasepak khususnya akan bungkus. Dr Lo’Lo’ tetap bertegas bahawa tidak ada bezanya penajaan sukan dan bahaya merokok. Saya turut menyokong soal rokok ini di mana saya pernah mencadangkan supaya Majlis Fatwa mengeluarkan fatwa pengharaman rokok, Dr Lo’Lo’ menyokong penuh saranan ini dan telah menjadi berita yang dipetik dalam hampir semua akhbar termasuk akhbar Cina.
    Semasa sesi Parlimen terakhir baru-baru ini saya terkejut kerana diminta bertukar tempat dengan Dr Lo’Lo’ yang asalnya berada di blok hadapan dan saya di blok belakang berjiranan dengan konsensus bebas. Kerana keuzuran, ADR Titiwangsa itu terpaksa berkerusi roda dan kerana itu perlu berada di blok belakang dan tempat saya menjadi pilihan menukar. Saya dan saya yakin, ramai dari kalangan wakil rakyat Pakatan dan BN akan merindui suara lantang Dr Lo’Lo’. Saya yakin pengundi beliau juga akan merindui Dr Lo’Lo’ khususnya kebajikan yang diusahakan. Dalam parti Dr Lo’Lo’ sememangnya sinonim dengan Lujnah Kebajikan dan tagline Kami Prihatin adalah usaha beliau yang menjadi slogan kebajikan Pas. Termasuk usaha Dr Lo’Lo’ ialah memberi makan kepada warga Chow Kit dan usaha itu terus dijalankan hingga hari ini. Dr Lo’Lo’ juga cuba untuk memastikan isu wanita menjadi inklusif dalam ruang ligar perjuangan Pas dan sikap keterbukaan Dr Lo’Lo’ amat disenangi oleh semua pihak khususnya dalam advokasi hak-hak wanita di Malaysia dan dunia secara umumnya.
    Saya menulis ketika berita Dr Lo’Lo’ meninggal dunia tersebar luas dan saya mahu menjadi orang yang pertama mendapat penghargaan menulis tentang Serikandi ini. Mungkin saya tidak mengenali Dr Lo’Lo’ sepenuhnya tetapi saya yakin tidak ada siapa yang akan mempertikaikan jikalau saya mengatakan Dr Lo’Lo’ adalah permata dari lautan yang mahal nilainya untuk perjuangan ini. Ramai yang mempunyai nama yang hebat tapi tak ramai yang boleh hidup atas nama masing-masing. Al Fatihah buat Dr Lo’Lo’.

Read More...

Kuliah Ust Badrul

Read More...

Kuliah Ust Marwansyah


Read More...

Kuliah Ust Roslan


Read More...

Pengumuman

 Saya telah  membuat satu lagi blog iaitu Nostalgia Bersih 2.0. Ianya memuatkan catatan demo, video, berita, gambar dan lain-lain yang berkaitan Bersih 2.0. Dijemput berkunjung ke sana. Sumbangan artikel dan idea membina amatlah dialu-alukan. Emelkan ke insan_fakir04@yahoo.com

Read More...

Peludah Warna

Read More...

 Berdasarkan perkembangan terkini Himpuan Bersih di Stadium Merdeka makin sukar.
- Bersih tidak dibenarkan menggunakan Stadium Merdeka
- 91 orang(kebanyakan kepala demo) tidak dibenarkan masuk KL
- Semua laluan masuk ke KL ditutup/dilencongkan
- khabar angin perkhidmatan telco akan dilumpuhkan pada hari tersebut, tentera akan dikerah terbabit sama dan lain-lain lagi
- road block yang menggila gila di setiap negeri sejak 2-3 hari lepas

Bersedialah wahai ansarullah, pejuang kebenaran dan pencinta keadilan. Jalan kita semakin penuh ranjau dan duri. Namun perjuangan tetap terus. Hidup mulia atau mati sebagai syuhada'

Read More...

Info Bersih oleh Mat Sabu



Tambah satu lagi video.

Malaysia ke arah Perubahan

Read More...

Ah! Saya disaman...

Pedulikan 150, 300 berapa pun. Selagi tak disenarai hitam jangan harap aku nak bayar...
 Dari Parit Buntar ke Besut kena saman di Kulim? Kelantan Terengganu tak kena pun. Walaupun masuk pekan keluar pekan.
  Takpalah. Kulim rajin buat kerja. Atau kulim nak cari duit lebih? Hehehe

Read More...

Jika betui polis berjiwa rakyat...

 Tak payah la buat sekatan-sekatan nak menyusahkan peserta bersih dan orang awam nak masuk KL Kan agung dah iktiraf bersih? Baik anggota tu duduk di balai masing-masing. Awasi  jenayah di tempat anda.
  Tak payah la buat drama rampasan molotov coktail, parang lading dan sebagainya. Tangkap kerana t shirt bersih dan lencana bersih lagilah jangan. Orang awam memang hilang rasa hormat terhadap anda. Anda membuktikan anda rela menjadi barua umno.
 Nampak gaya sama je. Anda memang sengaja mencari pasai. Biarpun kami tak jadi berdemo(di jalanan) tetapi berhimpun dalam stadium, Agung sanggup terima kami mengadap namun tu tak memberi kesan kepada anda. Ptuih!

Read More...

 Saya berpendapat kita perlu tukar perkataan demonstrasi ke konsert. Kita tak berarak di jalan raya. Kita hanya terkurung di satu tempat(cam reban ayam). Semangat berkobar-kobar saya telah menurun.
  Masih 50-50 lagi samada saya nak pergi ke tidak. Masih ada 2 hari lagi untuk buat keputusan.
  Jika perhimpunan di buat di Stadium Shah Alam, jika saya pergi saya perlu menambah RM28 untuk tambang balik. Sebelum ini telah ambil tiket balik ke sini jam 5.45 petang. Jika demo buat di KL sempat la.
   Harapan saya jika berhimpun di stadium
- fikirkan pengisian selama 3 jam (2-5 ptg). Jangan ulang kesilapan himpunan protes bantah kenaikan harga petrol dahulu
- antara program perlu ada ialah ceramah, puisi dan lain-lain berkaitan bersih
- fikirkan bagaimana hilangkan rasa jemu berjemur di stadium waktu petang

p/s: Bersih 2 bagi saya hilang klimaksnya... Siri Panduan Peserta Bersih tidak akan disambung. Tiadak ada lagi rasanya provokasi, intidimasi dan tekanan polis ke atas peserta...

Read More...

Demo atau tidak?

Tinggal 4 hari lagi. Ambiga telah mohon mengadap Agong. Adakah demo akan diteruskan? Berdemo(konsert) la dalam di stadium Shah Alam?

Bagi saya.  Jalan je walaupun Agong tak bagi

Read More...