Blog baru. OSS Ubuntu

 Seminggu dua ni sibuk dng projek OSS. Install Ubuntu. Buat eksperimen oss berkaitan. Dijemput berkunjung ke blog baru saya ialah iaitu ubuntudanoss.blogspot.com. Laman faqir2 ni khusus untuk isu-isu selain ubuntu dan oss. Silalah berkunjung ke blog ini

Read More...

Apa nak jadi dengan media di Malaysia?

Dulu heboh dengan pakaian kembam di Anugerah Skrin.

Pas tu isu besar payu dara kat WHI TV3

Sumber gambar dari ohbulan

. La ni plak isu objek seks di Red FM.

“Ambil sejenis buah-buahan dan beritahu kami, buah yang mana satu boleh memuaskan anda?”
Menteri berkenaan apsal senyap je.
Takkan dah kena picit telur?

Read More...

Kenapa nak nafi lagi?

 Kenyataan pimpinan PAS Selangor tak seiring pusat. Pas tu menafi plak. Jadi apa maksud kenyataan ini?

"Hassan juga memberikan amaran kepada kerajaan negeri Selangor supaya tidak menyerang Khusrin secara peribadi kerana ia tidak adil dan boleh menimbulkan masalah dengan 28,000 kakitangan kerajaan yang ada"

 Kenyataan yg sama juga dikeluarkan oleh sinar harian edisi online Selangor dan edisi cetak Perak(saya membacanya). Sapa yg betul?
 Pelik gak kenapa Malaysiakini edisi BM tak keluar cite nih. Edisi cina je kuar. Spin gak?

p/s; Nasihat saya mudah je. Saman je Malaysiakini dan Sinar Harian. Jika depa salah. Kalu hangpa salah?

Read More...

Isu peruntukan 1 juta kepada setiap ADUN PR di Selangor

ADUN S'gor dapat peruntukan RM1 juta. 

Pendapat saya
- bagi peruntukan tu kepada semua ADUN(PR dan BN). Minta depa senaraikan dengan terperinci dimana duit tu dihabiskan. Mintak SPRM siasat(gempak je..)
- ADUN BN memang takkan tolak walaupun duit tu hasil judi.RM100 bolehlah kami tolak beb. Ni RM1 juta !

Read More...

Kedahlanie.blogspot berkubur?

 Semenjak kelamarin terdapat masalah dalam melayari kedahlanie.blogspot. Page not found bila nak lihat previus entry. Hari ni pula langsung tak boleh masuk. Page Not found. Padahal di rss feed masih boleh view current entri.


Hubungi admin kedahlanie. Ini jawapan depa.

Assalamualaikum...
Saya bagi pihak admin kedahlanie.. memohon berjuta kemaafan kerana masalah yang dialami dari jam 5.00 petang semalam 10/01/2011 sehingga jam 6.00 pagi ini 11/01/2011 bahawa blog " kedahlanie.blogspot.com " telah di tamatkan riwayatnya.

Punca tamatnya riwayat blog tersebut nampaknya masih lagi di kesan oleh sahabat IT kami, berdoalah semoga segala data dan file yang ada didalamnya dapat kita recover semula.

Oleh itu dengan lahirnya website baru ini diharap sahabat handai semua tolonglah hebah-hebahkan kepada semua rakan taulan cyber kita untuk memaklumkan rumah baru ini. http://www.kedahlanie.info
 
Silalah berkunjung ke website baru bagi mendapatkan berita terkini.
p/s: Tak buat backup ke? Kalu susah sangat delete je blog tu. Create lain guna url lama tuh

Read More...

Siapakah Along berlesen?

Jawabnya? Hanya satu iaitu PTPTN. 
Buktinya? Lihat imej dibawah

imej dari blog Pak Bakaq

Berapakah jumlah riba? 
 Setiap bulan dikenakan caj pentadbiran(riba la tu). Jadi jumlah riba untuk setahun sahaja ialah RM554.16. Tu tak termasuk LRS LN-Debit(laras debik/penumbuk kat peminjam?) berjumlah RM8.

Tak taulah kalu pelajar-pelajar IPTA/S nak undi lagi BN dalam pru13 nanti. Pas grad pagi petang bayar riba kepada along berlesen nih.

Read More...

Contoh hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong

Maksud hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong ialah orang bodoh yang sombong, tidak sedar bahawa dirinya diperbodohkan oleh orang lain.

Hayati video di bawah untuk lebih kefahaman



Adakah Selangor akan mengikuti jejak Perak. Antara faktor kejatuhan kerjaan pr di Perak ialah bila SUKnya membelot?

Read More...