Terima kasih hanief!

Isnin lepas terima bungkusan dari UPS. Handycam yang siap dibaiki oleh Hanief. Yang dijanjikan satu hari. Tapi sampai selepas 2 hari. Takpelah. Mungkin bandar saya ni agak pedalaman. 2 hari untuk sampai adalah boleh diterima.

 Hanya RM28 dan tiada sebarang calar pada courier yang diterima? Memang memuaskan. 
Tandatangan terima barang pada scanner yang dibawa. Power beb

 Ini yang kita mahu. Servis sempurna namun pada harga berpatutan.

 Hanief ni mungkin lembut orangnya. Balutan kertas minyak ini tiada kedutan jelas.

 Bungkusan dalamnya juga cantik

 Oh! kotak power supply (+cooler fan?) rupanya

 Dalam kotak ni ada kertas renyuk dan span udara?(tak pasti namanya)
Menjaga barangan di dalamnya tidak terhentak/calar/rosak

Dalam case handycam pun ada span udara lagi?
Memang ko jaga pelanggan sungguh la hanief


Kesimpulannya
- amat berpuas hati dengan hanief dan UPS dalam kerja-kerja ni. Disyorkan jika nak repair handycam(sony)/pc, silalah berurusan dengan hanief. Cepat dan telus. . Nak beli arnab dan dedak arnab sekali pun boleh. Gunakan UPS untuk courier barangan sensitif cam handycam ni.
- Dekat Penang UPS hanya ada branch kat Airport Penang je? Tambah la satu dua lagi kat Georgetown, Seberang Jaya ka. Saya mula jatuh hati dengan UPS. Hanief tak boleh. Saya bukan gay

Berkaitan.

No comments: