Kuliah Ustaz Zakaria Ahmad

video

i


video

ii


video

iii

Read More...

Ceramah oleh Ust Rizal Akhir


Ceramah Ust Rizal Akhir Bah 1 from joe penang on Vimeo.


Ceramah Ust Rizal Akhir Bah 2 from joe penang on Vimeo.


Ceramah Ust Rizal Akhir Bah 3 from joe penang on Vimeo.


Ceramah Ust Rizal Akhir Bah 4 from joe penang on Vimeo.

Read More...


Kuliah Ust Rijaluddin Bah 1 from joe penang on Vimeo.


Kuliah Ust Rijaluddin Bah 2 from joe penang on Vimeo.


Kuliah Ust Rijaluddin Bah 3 from joe penang on Vimeo.

Read More...

Kuliah Ust Fahmi Abu Bakar


Ceramah Ust Fahmi Abu Bakar Bah 1 from joe pg on Vimeo.


Ceramah Ust Fahmi Abu Bakar Bah 2 from joe pg on Vimeo.


Ceramah Ust Fahmi Abu Bakar Bah 3 from joe pg on Vimeo.

Read More...

Kuliah Ust Shaari Osman


Kuliah Ust Shaari Osman Bah 1 from joe penang on Vimeo.


Kuliah Ust Shaari Osman Bah 2 from joe penang on Vimeo.


Kuliah Ust Shaari Osman Bah 3 from joe penang on Vimeo.

Read More...

Kenyataan mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-222. Tolonglah ambil berat tentang semakin terhakisnya islam dan gejala sosial di kalangan Melayu(bukan remaja saja)
- Konsert Adanm Lambert(gay)
- Cadangan nak tambah pub
dll.

Raja Melayu bukan hanya jaga Melayu dan politik sahaja. Islam juga paling penting.

Read More...

Kuliah Ust Zulkifli Zainon

Kuliah Ust Zulkifli Bah 1 from joe pg on Vimeo.


Kuliah Ust Zulkifli Bah 1 from joe pg on Vimeo.


Kuliah Ust Zulkifli Bah 3 from joe pg on Vimeo.

Read More...

Berhati-bila menulis..


Kekadang saya malas nak berbahas. Bila keluar buah-buah camni. Boleh menjejaskan aqidah.

Teruskan berbahas atau biarkan?

Read More...

Kuliah Ust Farid Din

Kuliah Ust Farid Din Bah 1 from joe penang on Vimeo.


Kuliah Ust Farid Din Bah 2 from joe penang on Vimeo.


Kuliah Ust Farid Din Bah 3 from joe penang on Vimeo.


Kuliah Ust Farid Din Bah 4 from joe penang on Vimeo.

Read More...

Kuliah Ust Salmi Suhaimi

Kuliah Ust Salmi Bah 1 from joe penang on Vimeo.


Kuliah Ust Salmi Bah 2 from joe penang on Vimeo.


Kuliah Ust Salmi Bah 3 from joe penang on Vimeo.


Kuliah Ust Salmi Bah 4 from joe penang on Vimeo.

Read More...

Kuliah Ust Syukri Osman

Kuliah Ust Syukri Osman Bah 1 from joe pg on Vimeo.


Kuliah Ust Syukri Osman Bah 2 from joe pg on Vimeo.

Read More...

Kuliah Ust Rosli Yamani

Kuliah Ust Rosli Yamani Bah 1 from joe pg on Vimeo.


Kuliah Ust Rosli Yamani Bah 2 from joe pg on Vimeo.


Kuliah Ust Rosli Yamani Bah 3 from joe penang on Vimeo.


Kuliah Ust Rosli Yamani Bah 4 from joe pg on Vimeo.

Read More...

Kuliah Ust Ahmad Zaki

Kuliah Ust Zaki 1 from joe pg on Vimeo.


Kuliah Ust Zaki 2 from joe pg on Vimeo.


Kuliah Ust Zaki 3 from joe pg on Vimeo.

Read More...

Kuliah Ust Khairullah

Ust Khairullah Bah 1 from joe pg on Vimeo.


Ust Khairullah Bah 2 from joe pg on Vimeo.

Read More...

Kuliah Ust Rohaizat

Kuliah Ust Rohaizat Bah 1 from joe pg on Vimeo.


Kuliah Ust Rohaizat Bah 2 from joe pg on Vimeo.


Kuliah Ust Rohaizat Bah 3 from joe pg on Vimeo.

Read More...

Kuliah Ust Salmi

Kuliah Ust Salmi Bah 1 from joe pg on Vimeo.


KKuliah Ust Salmi Bah 2 from joe pg on Vimeo.


Kuliah Ust Salmi Bah 3 from joe penang on Vimeo.


Kuliah Ust Salmi Bah 4 from joe penang on Vimeo.

Read More...

Kuliah Ust Muslim Salleh

Kuliah Ust Muslim Salleh 1 from joe penang on Vimeo.


Kuliah Ust Muslim Salleh 2 from joe pg on Vimeo.


Kuliah Ust Muslim Salleh 3 from joe penang on Vimeo.

Read More...

Kuliah Ust Ahmad Majdi







Read More...

Kuliah Ust Salleh Hamzah

Kuliah Ust Salleh Hamzah 1 from joe penang on Vimeo.


Kuliah Ust Salleh Hamzah 2 from joe penang on Vimeo.


Kuliah Ust Salleh Hamzah 3 from joe penang on Vimeo.

Read More...

Kuliah Ust Rijal

Kuliah Ust Rijal 1 from joe pg on Vimeo.



Kuliah Ust Rijal 2 from joe pg on Vimeo.


Kuliah Ust Rijal 3 from joe pg on Vimeo.

Read More...

Kuliah Ust Rohaizat

Kuliah Ust Rohaizat 1 from joe pg on Vimeo.

Kuliah Ust Rohaizat 2 from joe pg on Vimeo.

Kuliah Ust Rohaizat 3 from joe pg on Vimeo.

Read More...

Di sini bermulanya zina

Read More...

Harapan saya terhadap anda semua

Salam
       Antara harapan ann terhdap anda semua.
 - cukuplah mengenali saya sekadarnya. Tidak bertujuan selaian taqarrub ilallah insya Allah. Tak usahlah war-warkankan kebaikan/kelebihan ana(jika itu diangggap sedemikian)kepada org lain. Biarkan depa mendapat info ni dr org lain.
ikhlaskan perbuatan kerana Allah. Kita berkawan, berkahwin, beranak pinak, membuat kerja rasmi dan jemaah semuanya ikhlas kepadaNya
- sedaya upaya mungkin jagalah hati manusia yg lain. Melainkan anda dah cukup mengenalinya. Cthnya; Janganlah mengirim sms tengah2 mlm kepada rakan/org lain. Maybe bagi sesetengah org masa tgh mlm tu(12 mlm - subuh) masa privacy utk dia. Saya kisah
- tidak perlu penghargaan yg melampau. Sekali sekala mungkin boleh. Saya pun manusia. Kekadang baik kekadang jahat. Selalunya jahat le... Hehehe
Untuk diri dia(berehat), keluarga dan Khalik(tentunya). Janganlah ganggu melainkan kes-kes yang betul kecemasan dan perlu disegerakan.

Tazkirah ini  adalah spesifik pada saya dan anda semua amnya.

Maaf jika ada terasa. Boleh hubungi saya personally jika ada yg tak puas hati. Communication amat penting dalam kehidupan dunia n akhirat.

Sekian

Al-faqirah ilallah
Joe Pg

Read More...


Jumpa ulama'(kalu hang anggap dia cam tu) dah kira cukup baik. Jadikan rutin kelaziman. tanya dia nak buat ni syarie' ke dah pun amat baik.

Tapi..


Membaca doa sebelum memulakan upacara meletakkan ancak ke tiang seri salah sebuah rumah Projek Infra Bina Upaya (IBU)-Kampung Guar, Manong

DS Zambry memulakan upacara khurafat tersebut


Merenjis-renjis ancak ke tapak untuk dinaikkan tiang seri

Apa citenye Yob. Takkan Haru Sana Sini pun setuju?

Sumber gambar2 dan berita dari Pas Tambun, Pria Malaya dan Ust Rosli Dhoby


Bila kita semak buku PAFA budak-budak sekolah tertulis perkara yang membatalkan iman seseorang itu ialah melakukan perkara tahyul dan khurafat. Tidak payah rujuk kitab-kitab besar. Sudah terpahat di situ. Sayang sungguh puak-puak sekular yang berselindung di balik Islam ini tanpa rasa segan silu melakukan hal-hal bidaah besar yang boleh menjatuhkan seseorang dalam perkara syirik.

Para ilmuan Islam berbuih-buih mulut mengajar, mendidik masyarakat betapa sesatnya mereka yang terus-menerus melakukan kerja-kerja tahyul dan khurafat ini. Bagaimana orang ramai nak faham Islam jika pemimpin yang mereka lantik, yang nampak berjurus (walau rampas MB dari tangan orang lain secara undang-undang) terus melakukan kerja-kerja yang nyata bertentangan sama sekali dengan ajaran dan kepercayaan Islam ini.

Berdoa Kepada Allah
Inilah penyakit pemimpim UMNO dan komponannya yang selalu mempertahankan adab budaya yang kadang-kadang dicampuraduk dan disesuaikan di antara hal-hal khurafat dengan berdoa kepada Allah SWT. Sedangkan Allah SWT memerintahkan mereka supaya benar-benar menentang syaitan dan sekutunya,, yang tidak lain hanya menyesatkan manusia daripada jalan Allah SWT. Itulah yang diagungkannya. Sementara perintah Allah SWT susah benar hendak diikutnya, undang-undang Allah SWT ditentang sehabisnya dengan pelbagai alasan. Sungguh busuk akhlak mereka ini.

Read More...

Blog akan berubah..

 Saya akan melakukan perubahan besar kepada blog ini. Segala artikel2 terkini dari blog saya yg masih aktif akan dimasukkkan ke sini. Blog ini akan bersifat pelbagai. Politik, ekonomi, agama, negeri dll akan dimasukkan semuanya sekali dalam blog faqir2 ini
  Untuk menjimatkan space dalam blog ini, beberapa artikel yg sudah tiada nilai berita(dari perkiraan saya) akan didelete. Manakala blog2 saya yg lain akan didelete. Artikel-artikel dari  blog-blog lama ini sebahagiannya akan dimasukkan kedalam blog ini. Sebahagian lainnya pula   akan didelete terus. Blogs lain iaitu Ubuntu Untuk Malaysia, Koleksi Video Kuliah, Koleksi Ceramah Politik, Isu-isu berkaitan HPA, Pusat Khidmat Sosial Islam (PAKSI), PAKSI Parit Buntar,Al-faqirah illallah dan Ulasan isu-isu semasa akan didelete kemudian

  Cadanagan dari anda semua untuk memaiki keseluruhan blog ini amatlah dialu-alukan. Kerjasama anda semua atlah dihargai. Sekian Terima Kasih

Read More...

Jawapan bangang atau cerdik?

Sumber asal di kedahlanie.

Saya ringkaskan kepada yg penting sahaja

Jawapan Bangang Seorang Menteri Berkenaan Perbezaan Harga Kereta

Harga Kereta Mahal.. bukan salah Kerajaan..

Jawapan bodoh seorang Timbalan Menteri..

Pengurangan/pembasmian duti import tidak semestinya menyebabkan harga kenderaan menurun. Harga ditentukan oleh pengeluar dan syarikat berdasarkan kuasa pasaran..

Memang. Cuma yang membezakan lagi harganya ialah cukai (saya -duti eksasis/duti kastam?)yang dikenakan oleh kerajaan.  Jika tinggi maka harga kenderaan itu akan  tinggi.. Ada pengeluar atau pengedar yang mahu menyerap cukai yang dikenakan kerajaan itu?? (saya- dah tentulah takde wahai menteri bodoh pian-)

Harga kenderaan mahal…..jangan salahkan kerajaan?

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak seharusnya dipersalahkan mengenai kadar tarif yang tinggi berhubung kenderaan yang diimport kerana banyak faktor lain yang mempengaruhi harga.

Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri Jacob Dungau Sagam berkata demikian di sidang Dewan Rakyat hari ini ketika menjawab soalan daripada Ahli Parlimen DAP-Bandar Kuching Chong Chieng Jen.


Beliau menjelaskan bahawa pengurangan atau penghapusan kadar tarif tidak menjamin harga kereta menjadi lebih murah.

"Kadar tetap dan duti eksais untuk semua jenis kenderaan buat masa ini dikekalkan supaya hasil negara tidak terjejas.

"Di samping itu, pengurangan atau pembasmian duti import tidak semestinya menyebabkan harga kenderaan menurun kerana harganya ditentukan oleh pengeluar dan syarikat berdasarkan kuasa pasaran," jelas beliau.

Beliau juga menekankan bahawa kereta buatan tempatan dijual dengan harga yang lebih mahal di pasaran tempatan.

Dasar perlindungan

Chong menuduh kerana kerajaan melaksanakan "dasar-dasar perlindungan"(saya -memang pun)untuk melindungi syarikat seperti Proton dan Perodua.

Ujar beliau, "syarikat-syarikat ini amat merbahaya dan menindas rakyat. Matlamat syarikat-syarikat ini ditubuhkan bukan untuk membawa keuntungan kepada kerajaan tetapi "untuk kepentingan kroni Barisan Nasional (BN) di Proton dan Perodua."

"Akhirnya, rakyat merana. Soalan saya, adakah adil untuk rakyat Malaysia membayar harga kereta yang mahal apabila kroni BN di Proton dan Perodua membuat untung yang banyak? Apa yang kerajaan buat?" soal beliau.

Bagaimanapun, Sagam tetap dengan pendiriannya bahawa sebarang pengurangan duti tidak akan menjamin harga kenderaan yang lebih murah kerana harganya bergantung kepada faktor-faktor lain.

Free Malaysia Today

mahaza said...
Ini yang aku tulis kat sini : http://sedakasejahtera.blogspot.com/2010/10/toyota-vios-di-thailand-antara-rm50.html 1. Vios - kecuali enjin hampir 100% body dibuat di TOYOTA AUTO BODY MALAYSIA di Seksyen 23 yang ditubuhkan pada 2006. Tanya pekerja pertama TABM nih dulu... 2. Kepentingan kroni - proton dan perodua? Dah check kenapa NAZA yang tukar emblem dapat protection - local manufactured vehicle? BULL! Vios lebih local dari keluaran NAZA. Ada tapi kecil; bukan PROTON dan PERODUA. 3. Tanya KENAPA Naza dapat AP yang banyak untuk mengimport kenderaan keluaran TOYOTA yang TOYOTA sendiri tidak dapat AP untuk import seperti ESTIMA atau ALPHARD - AP untuk syarikat yang mendapat hak franchise? UMWT (UMW TOYOTA) tu dapat hak untuk sapa? Citreon? 4. Walau dengan harga sekarang VIOS terpaksa run producion 200% capacity. Ingat kalau VIOS BOLEH dijual pada harga RM70,000 kebawah TOYOTA GROUP taknak? TABM baru run 50% belum 24 hours production lagi. Finally - SEMUA JAWAPAN BULL!
opisboi said...
allo bro! salah satu syarat nak jadi menteri umngok @ bee=eend ialah pandai angguk walaupon salah pandai jilat walaupon benda itu tahik kene bodoh walaupon cerdik sikit dari lembu. itu adalah syarat untuk jadi menteli kat mesia

Read More...

ooh wanita tudung labuh...

***warning! catatan yang dipetik ini agak panjang, lebih panjang daripada yang pernah orangkasai siarkan sebelum ini. kepada yang malas membaca, skip sahaja. tapi yang mahu dan sukakan kebaikan teruskan membaca sekalipun catatannya agak panjang. tersentuh hati kecil membaca catatan begini. orangkasai amat bersyukur kerana isteri yang dicintai juga bertudung labuh tanpa disuruh, walaupun dalam hati orangkasai sangat mengharapkan sejak awal berumahtangga lagi. syukur kini puteri tunggal juga menjejaki ibunya sejak dari sekolah rendah lagi***


Aku tidak mahu berbicara panjang tentang kewajipan menutup aurat. Apa yang ingin kukongsi di sini adalah tentang beberapa peristiwa dalam hidupku yang membuatkan aku berasa tudung labuh itu benar-benar istimewa. Allah banyak kali menyelamatkan dan memudahkan urusanku dengan asbab tudung labuh.
 
Dikejar Tebuan Tanah
Dalam satu program motivasi remaja, aku menyertainya sebagai salah seorang fasilitator. Antara aktiviti yang dilakukan ialah jungle trekking. Aku mengetuai barisan remaja puteri yang siap sedia memasuki hutan. Taklimat dan doa dimulakan. Menderap ke tengah belantara, tiba-tiba peserta puteri paling depan terlanggar sarang tebuan tanah. Tebuan tanah berterbangan garang. Sedia menyerang. Peserta itu menjerit kesakitan kerana disengat. Peserta di belakangnya turut menjerit ketakutan. Aku yang turut berada di barisan depan ketika itu melaungkan takbir. Lantas mengarahkan peserta yang lain berundur. Mereka bertempiaran lari.

Sementara aku tetap bertahan di situ. Kututup sebahagian wajahku dengan tudung labuhku. Tangan turut kusembunyikan di bawah tudung labuh. Kulindungi beberapa peserta yang terkepung dengan tudung labuhku agar tidak disengat lagi. Segera kubawa mereka berundur. Ajaibnya, seekor tebuan pun tidak berjaya menyengatku. Subhanallah! Maha Suci Engkau yang menyelamatkan aku dengan secebis kain buruk ini.

Terlindung daripada Mata Mat Rempit
Suatu hari, aku ingin pulang ke kampusku di UIA setelah bercuti pertengahan semester di kampung halaman. Seperti biasa, aku membeli tiket bas dan berusaha mencari bas yang mempunyai tempat duduk seorang. Request. Ini penting bagi mengelakkan aku terpaksa bermalam di dalam bas dengan bertemankan seorang lelaki asing di sebelah. Akhirnya kumembeli tiket dengan sebuah syarikat bas yang belum pernah kunaiki . Sebelum menaiki bas, aku berpesan kepada pemandu kedua agar menurunkan aku di Greenwood. Semua mata terlena melepaskan kelelahan hidup dengan mengembara ke alam mimpi yang seketika. Kedengaran sayup-sayup suara pemandu bas mengejutkan aku dari tidurku. Lantas aku terjaga separuh sedar. Ketika itu, aku duduk di kerusi seorang paling depan, tidak jauh dari pemandu.

Jam baru menunjukkan pukul 4.30 pagi. Badanku amat penat dan urat kepala terasa merenyuk. Aku bangkit dari kerusiku dalam keadaan mamai menuruni bas. Ketika berada di luar bas, aku masih sangat mengantuk. Terasa secepat kilat bas meninggalkanku. Ya Allah! Aku terkejut kerana hanya aku seorang yang menuruni bas. Lagipun, tempat bas itu memberhentikan aku bukannya tempat perhentian bas di Greenwood seperti kebiasaan. Aku langsung tidak mengenali tempat itu. Tiada peluang untukku bertanya atau membatalkan saja tempat perhentian itu. Nyata aku sudah terlewat. Asap bas pun sudah tidak kelihatan.

Aku berada di sebuah perhentian bas. Jalan raya di hadapannya lurus. Lengang. Sunyi. Kawasan sekitarnya adalah kawasan perumahan yang sedang bergelap. Jalur-jalur cahaya hanya sedikit. Kupandang ke belakang dan mendapati tidak jauh dari situ terdapat sebuah masjid. Namun, ia kelihatan gelap. Sunyi. Kelihatan seekor anjing berwarna hitam, besar dan garang sedang berlegar-legar di luar pagar masjid. Ya Allah, pada-Mu aku bertawakal. Aku segera menelefon kenalan rapatku, Puan Norliza Mohd Nordin untuk mengambilku. Pada masa yang sama, mataku melilau mencari kayu atau besi yang akan kugunakan sebagai senjata seandainya anjing itu mendekatiku.

Di mana? Tanya Puan Norliza. Susah-payah aku cuba menerangkan lokasi yang asing itu. Tambahan pula, aku tidak dapat melihat papan tanda yang menunjukkan nama masjid. Kehadiran anjing itu membuatkan aku tidak berani menghampiri masjid. Sukar Puan Norliza mentafsirkan lokasi aku berada. Tiba-tiba, sekumpulan samseng jalanan dengan pelbagai aksi motosikal yang berbahaya berhenti beramai-ramai di seberang jalan tempatku berada. Bagaikan ada mesyuarat penting di situ. Aku tiada tempat bersembunyi. Apa yang mampu kulakukan adalah tetap berdiri di tempatku dan membaca segala ayat al-Quran yang pernah kuhafal. Tawakalku memanjat langit dunia. Kebetulan, aku berjubah hitam dan bertudung labuh warna hitam. Aku menggunakan kesempatan itu untuk menyembunyikan diriku di balik warna malam. Cebisan kain turut kututup pada wajahku yang berkulit cerah.

Saat yang amat mendebarkan dalam hidupku, kelihatan anjing yang garang sedang berlari ke arahku. Kupujuk hati, anjing itu akan baik padaku kerana ia tidak menyalak. Samseng jalanan pula seakan sedang memandang-mandang ke arah lokasiku. Ketika itu, aku mengucapkan dua kalimah syahadah berkali-kali. Aku siapkan emosi untuk berjihad mempertahankan diri. Biar nyawa jadi taruhan, menyerah tidak sekali! Allah menjadi saksi. Aku bagaikan tidak percaya apabila melihat anjing itu sekadar melintasiku seolah-olah langsung tidak melihatku di balik kegelapan. Walau bagaimanapun, aku masih resah melihat samseng jalanan asyik memandang ke arahku. Aku bertambah risau membayangkan Puan Norliza mungkin tidak dapat mengagak lokasiku itu kerana dia asyik menelefonku. Tiba-tiba samseng jalanan itu beredar. Bunyi ekzos mengaum pergi, pelbagai aksi. Mereka seakan-akan memandang dengan pandangan yang kosong sahaja ke arahku sebentar tadi. Puan Norliza pula sampai, menambahkan syukurku. Hatiku yakin, Allah telah menyelamatkanku di balik tudung labuh berwarna gelap itu. Alhamdulillah!

Menyelamatkan Beg Tanganku daripada Ragut
Seorang temanku dari Brunei sudah beberapa hari tidak datang ke kelas sarjana. Aku risaukan keadaannya. Apabila dia datang kembali, aku segera bertanya. Dia menunjukkan pipinya yang calar sambil bercerita dengan juraian air mata. Dua orang pemuda yang menunggang laju meragut beg tangannya. Dia ikut terseret. Ketika itu pula dia sedang mengandung dua bulan. Hampir-hampir keguguran. Kedua-dua lututnya terluka. Pipi dan tangannya tercalar. Berdarah.

Aku sedih mendengar ceritanya. Dia memegang hujung tudungku sambil menyimpulkan, Jika akak pakai tudung labuh macam ni, tentu diorang tak nampak beg tangan akak. Kata-kata itu membuatkanku benar-benar berfikir jauh. Aku bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana tidak pernah menjadi mangsa ragut. Baru aku sedar, rupa-rupanya antara faktor yang menyelamatkanku adalah kerana beg tanganku sentiasa tersembunyi di bawah tudung labuh. Cuba anda bertanya kawan-kawan anda yang menggalas beg tangan di bawah tudung labuh, pernahkah mereka menjadi mangsa ragut?

Mendekatkan Jodoh dengan Lelaki Soleh
Aku hairan melihat beberapa orang temanku yang mulanya bertudung labuh tapi akhirnya menukar penampilan kerana takut tidak dipinang. Aku hormati penampilannya selagi masih menutup aurat namun jika itu alasannya, dia mungkin tersilap. Aku yang tetap bertudung labuh ini juga akhirnya yang agak cepat menerima pinangan. Suamiku mengakui antara faktor yang meyakinkannya pada agamaku saat memilih bunga untuk disunting adalah kerana nilai tudung labuhku. Wanita bertudung labuh lumrahnya hanya berani dirisik oleh lelaki yang mempunyai persiapan agama. Jika malas hidup beragama, mereka akan berfikir beribu kali untuk memiliki seorang suri yang bertudung labuh. Rasa tidak layak. Rasa perlu membaiki diri terlebih dahulu.

Pernah juga aku dan suami cuba memadankan beberapa orang temanku dengan lelaki-lelaki soleh yang kami kenali. Apabila biodata bertukar tangan, gadis bertudung labuh rupa-rupanya menjadi kriteria penting seorang lelaki soleh. Malang bagi temanku yang sebenarnya baik dan berbudi bahasa, namun kerana penampilannya itu melambatkan jodohnya. Benar, kita tidak boleh menilai seseorang hanya melihat luarannya. Namun, realitinya, kadang kala masa terlalu singkat dan peluang tidak ada untuk kita mengkaji dalaman seseorang sehingga terpaksa menilainya hanya melalui luarannya. Contoh realiti, jika kita ingin membeli nasi lemak di gerai. Kelihatan penjual di gerai yang pertama ialah seorang makcik bertudung labuh. Penjual di gerai kedua pula seorang wanita tidak bertudung dan rambutnya menggerbang lepas. Mana yang kita pilih? Kenapa cepat membuat pilihan sebelum mengkaji dalaman kedua-duanya dahulu? Apa nilaian kita ketika itu? Fikir-fikirkan.
Hormatilah Selagi Masih Menutup Aurat

Ya! Ya! Ya! Kudengari suara-suara hatimu yang sedang berbisik, Ramai saja yang bertudung labuh tapi tak baik. Tudung tak labuh pun masih tutup aurat. Dont judge people by its cover. Kuhormati semua kata-kata ini sepertimana kuhormati dirimu yang masih bertudung. Alhamdulillah. Aku cuma berkongsi secebis pengalaman dalam hidupku yang menyebabkan kurasakan tudung labuh terlalu istimewa. Buat adik-adik remaja yang pernah bertanya, akak harap adik menemui jawapannya.
 
Sumber asal dari sgkasai,

p/s: Alhamdulillah. Saya dikurniakan isteri yg bertudung labuh/bulat. Masa sebelum menengoknya(merisik) pun setiap kali berdoa pas solat. Mohon dikurniakan isteri yg beragama. Bertudung labuh. Kami bahagia dengan 3 cahaya mata(hero semua). Semoga semuanya menjadi hizbullah. Amin

Read More...

Rayuan kepada pimpinan PR ......

Rayuan kepada pimpinan PR tentang kenaikan air di Penang dan Kedah
   Mintak tolong sesangat kepada exco dan penceramah PR Kedah dan Penang. Jangan rasa selesa dengan sokongan sekarang. Bila-bila masa boleh terbalik kuang
  
  Tolong buat road show ke seluruh negeri. Terangkan masalah ni. Negeri terpaksa menikut arahan SPAN. Mahfuz tolong balik ceramah kat sini sama.
  
   Takat terang kat blog ni berapa kerat rakyat tau? 10%? Itupun mujur kalu dapat. Jangan pandang ringan isu ni. Be End akan main isu ni hari-hari.  Kita wp jd kerajaan, namun media kita x meluas. Jadi turunlah ceramah menerangkan isu nih wahai pimpinan...
 
   Walaupun kita letak jawatan, tidak akan berpaling mengundi musuh, insya Allah.

   p/s: Sebaik sahaja Parlimen dibubarkan(kurang dari 2 setengah tahun) tolong buat munajat perdana cam Ktan buat dulu. Kita buat di Stadium Darul Aman, Stadium Batu Kawan dan Stadium Merdeka. Kat Perak buat la kat Markas Air Kuning. Jangan yg ni pun tak nak buat. Beri alasan kita tak sama dengan Ktan gak...

Read More...

- baru 2 tahun memerintah. Takyahlah naik lagi. Tunggu la 2 penggal ke bari la naik
- mantapkan pengurusan SADA dan PBAPP tu.

Sada
- masalah air kat Pendang dan Sik tu selesaikan dulu

PBAPP
- benarkah keuntungan tahunan turun? elaun alp makin naik?

Maklumat tambahan.
- Menurut SPAN  Melaka, Johor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang adalah kumpulan negeri pertama yang akan mengumumkan pelarasan tarif mulai 1 Oktober 2010. Bagaimanapun kadar tersebut hanya berkuatkuasa sehingga 2012 sahaja kerana selepas itu SPAN akan turut menyeragamkan semua tarif air di Malaysia.

Bermakna semua kadar rate air akan selaras. Kalau selaras rendah/sederhana ok la. Kalu paling tinggi takkan kerajaan PR nak ikut?

Read More...