Perlukah?

  1. Perlukah kita berhutang beli kereta baru jika jalanraya berlubang-lubang walaupun di lebuhraya bertol?
  2. Perlukah kita berkereta baru jika diri kita tak tahu bercakap bahasa Inggeris dan tidak bijak iras Orang Utan memegang iPhone 4?
  3. Perlukah kita merayakan jalanraya dengan kilauan badan kereta baru sedangkan negara kita sangat korup? Kenapa tidak disuaikan dengan badan kereta kemik dan baju hitam?
  4. Perlukah kita bawa kereta seperti pelumba kereta dengan kualiti kereta tin milo dan rupanya diciplak dari kereta Jepun yang akhirnya hanya dapat potong sebuah kereta dan tersangkut di lampu merah?
  5. Perlukah kita bawa kereta laju-laju untuk membezakan jarak hanya sebanyak 10km/j antara kereta depan dan belakang dan membawa daging muka yang dijamin ditolak syarikat majalah kecantikan?
  6. Perlukah kita bergaya dengan kereta baru tetapi peruntukan untuk makanan diminimumkan sehingga terpaksa makan mee segera dan tidak mampu beli alat Tag Touch n' Go dan beratur bersama-sama lori dan bas dan kemudian menghulurkan RM50?
  7. Perlukah kita beli kereta import dengan membayar berkali-kali ganda dan tidak setimpal jika beli di negara asal kereta itu?
  8. Perlukah kita beli kereta import dan merisikokan diri kita di kalangan penduduk miskin dan pendatang haram di negara kita?
  9. Perlukah kita beli kereta import di negara asal kereta itu jika pengangkutan awamnya 5 kali lebih baik dari negara kita?
  10. Perlukah kita naik kenderaan berenjin dan berpetrol jika kita bekerja di Belanda?
  11. Perlukah kita memaksa rakyat kita memiliki kereta kualiti tin milo dengan melemahkan sistem pengangkutan awam?
  12. Perlukah kita memaksa rakyat kita menggunakan pengangkutan awam dengan menaikkan harga minyak?
  13. Perlukah menteri kita membolot permit menjual kereta import dan membiarkan orang ramai menaiki kereta kualiti tin milo?
  14. Perlukah kita menggagalkan projek peribadi PM dengan menjual alat ganti tiruan dan kurang kualiti pada pengguna kereta kualiti tin milo?
  15. Perlukah kita tipu rakyat kita dengan mencantikkan rekabentuk kereta kualiti tin milo dan tidak memperbaiki dan memberi barangan dalaman yang setimpal dengan harga.
  16. Perlukah kita bercakap mengenai kereta sedangkan kereta kita tiada kualiti dan kita masih meniru lagi dan lagi.
  17. Perlukah kita tutup syarikat kereta nasional jika ia merugikan negara kita sejak 1984?
  18. Perlukah kita terliur dengan pengalaman ibubapa atau datuk nenek kita yang berpeluang memiliki kereta import sebelum kemunculan kereta kualiti tin milo?
  19. Perlukah kita cari rumah yang bersebelahan dengan pusat membeli-belah atau pun LRT bagi mengelakkan kita daripada membeli kereta?
  20. Perlukah kita mengkaji mengapa ramai rakyat kita mati di dalam kereta kualiti tin milo?
  21. Perlukah kita menangis dan panggil Superman untuk memusingkan kembali bumi ini bagi mengulangi aktiviti bumi ini bagi menyelamatkan orang-orang yang terkorban?
  22. Perlukah kita hairan kenapa Hanief tidak beli kereta baru dan kekal berkereta kemik?
  23. Perlukah kita suruh Hanief masuk MLM untuk membeli kereta baru sedangkan upline MLM pakai kereta kualiti tin milo dan hanya mampu bermegah sewa Nissan FairLady sehari.
  24. Perlukah kita garu kepala jika satu hari nanti Hanief tak cakap lagi soal kereta apabila sudah bermastautin di bumi Scandinavia?
  25. Perlukah kita musykil bagaimana manusia boleh berjaya tanpa baju cantik, tanpa kereta cantik... Tetapi hanya dengan akal yang cerdik dan hati yang baik?
  26. Perlukah dipersoalkan urusan Tuhan yang telah menjanjikan rezeki bagi setiap makhluknya?
  27. Perlukah kita menaip semua ini jika semua manusia berfikiran sama seperti kita?
  28. Perlukah kita kedekut pengalaman jika pengalaman itu mampu mencipta perubahan?
  29. Perlukah sesuatu itu berubah jika kita mahu sesuatu itu berjalan seperti yang kita idamkan?
  30. Perlukah sesuatu itu menepati citarasa kita jika ia selama ini ia merugikan kita akibat jauh tersasar lagi berbeza?
Perlukah kita semua menjawabnya? Perlu...

Dicedok dari blog hanief

No comments: