Polis bersedia? Pirah!!

Cops ready for New Year Eve crackdown

Aku tak faham la..
1- Kalau penyokong bola merusuh, perlawanan di stadium tidak dibenarkan penyokong menyaksikan. Jika merusuh di sambutan krismas? Sambutan tahun baru masihi dibatalkan?



2- Ceramah pembangkang dikawal polis/fru. Sambutan tahun baru dikawal rela




3- Dah terbukti penyembur buih mengotorkan kereta, apsal tak diharamkan. Wisel dalam stadium pun boleh haram

Read More...


Koperasi Wahida HPA Berhad (KOWAHIDA) telah menyerahkan sumbangan zakatnya bagi tahun 2007 dan 2008 berjumlah RM250,000.00 kepada PERKIM Negeri Kelantan pada 30 Disember 2009. Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi KOWAHIDA, Mohd Faisol Abd Rahman kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Maat di Pejabatnya di Kota Bharu.

Bagi sesiapa berminat memiliki saham kowahida silalah menjadi ahli HPA. Dijangkakan tahun ni dividen ilah 20%. Jadilah ahli bawah ahli HPA. Pastu baru boleh beli saham. Jadi ahli bawah saya pun boleh. YM saya insan_fakir04@yahoo.com

Read More...

Apa tindakan kepada samseng malam Krismas?



Saya pelik la..
- Mana pergi beratus-ratus FRU? Takde live bola malam tu. Tak tau la kalau PR buat 100 ceramah serentak di mana setiap satu trak satu tempat ceramah.
- Xde ka polis yang bersama-sama Rela tu. Rela tu asalnya untuk membantu menangkap pati je. Sampai tahap dibelasah ni jangan la suruh depa.
- Xde plan nak haramkan perhimpunan? Atau penyembur buih? Sembur kat kereta orang. Orang tu marah. Diboo beramai-ramai. Sebijik cam samseng. Berani bila ramai



Serang anggota Rela serius

Kredit pada hanief. Senarai videonya boleh dilihat di youtube

Read More...

Apa harapan rakyat Patani?



Jelas kenyataan Abhisit bahawa kuasa autonomi sekalipun tidak akan diberikan. Apatah lagi kemerdekaan


Di Timor Leste(Timur Timur semasa dalam Indonesia) kita boleh buat referendum sama ada nak kekal dalam Indonesia atau merdeka. Kenapa di Patani tak boleh? Adakah kerana
- Patani akan menjadi negara islam jika merdeka?
- Petroleum di Teluk Siam akan terlepas dari Thailand jika Patani merdeka?
- Patani akan bergabung dengan Malaysia jika merdeka?

Read More...

Wawancara Abhisit mengenai Patani



Nampak lembut berbanding Thaksin. Namun saya percaya majoriti rakyat Patani inginkan merdekakan tanahair mereka.

Read More...

Ziarah Banang Setra

Najib patut tengok betapa amannya Patani ni. Nak masuk kampung pun kawalan tentera. Siap pagar kawat lagi.. Perintah berkurung di sini dah berbelas tahun dah

Read More...

Bangunlah wahai Patani



Bangunlah2x
Kita berjuang
Bangunlah sebelum melepas peluang
Muda dan mudi adik dan abang
Pintu merdeka kejarlah sekarang

Bangkitlah2x
Bagai harimau dan beruang
Tuntutan pusaka tidak boleh dilarang

Penjajah orang kitapun orang
Kekuatan kita apalah kurang

Agar kemerdekaan cepat disandang
Sebelum subuh datang menjelang
Tidakkkah kita bangsa terbilang
Bangsa yang tidak pernah kecundang

Bangunlah2x
Kita berjuang
Bangunlah sebelum melepas peluang
Muda dan mudi adik dan abang
Pintu merdeka kejarlah sekarang

Hidup Mati Bangsa Melayu Patani

Read More...



Lagu Kedamaian
Sahabat ...
Duniaku kini tiada ceria
Hilang entah ke mana
Detik-detik yang ku lalui
Penuh duri

Bilakah segalanya akan berakhir
Kedamaian kan muncul kembali

Mengapa tangisan itu
Masih terdengar lagi
Adakah tiada siapa peduli

Sahabatku ...
Bersabarlah dengan ujian Tuhan
Natijah kealpaan
Kepahitan yang kau lalui pasti berakhir
Kedamaian kan muncul kembaliOoo

tangisan itu
Masih terdengar lagi
Tiada siapa peduli

Di mana nilai kemanusiaan
Sebagai hamba tuhan
Hadirlah kedamaian
Kami memerlukan

Hadirlah kedamaian
Kami memerlukan

Di bumi yang telah gersang
Tumbuh pohon nan subur

Di mana nilai kemanusiaan
Sebagai hamba tuhan
Hadirlah kedamaian
Kami memerlukan

Hadirlah kedamaian
Kami memerlukan...


Tajuk lagu tak diketahui..

Ayuhai pemuda harapan bangsaku
Pemudi tiang Negara
Marilah ayuh kemari
Kita bersama berjuang
Membela agama dan bangsa
Biar darah membasuh bumi
Asal kita berjaya X2

Bujur lalu lintang patah
Tumbuh hilang berganti
Satu hilang dua terbilang
Tetap kita berjaya X2

Pemuda Pemudi pembela bangsaku
Angkatlah bendera revolusi
Dengan laungan gelap gelita
Tuhan bersama kita X2

Saya dapat dari seorang pemuda Patani. Lupa mintak dia terjemah tajuk video ni. Sesiapa yg boleh translate ke BM boleh bagitau kat saya

Read More...

MP PR buat perangai lagi...

Dulu masa lulus belanjawan 2009 ianya diluluskan secara belah bahagi. Kita kalah kerana ada MP kita yg tuang persidangan. Masa usul gantung Gobind deo pun ada mp kita yang tuang. Kali ketiga masa lulus belanjawan 2010 kita kalah 1 undi. Jika menang kita boleh kemukakan usul undi tidak percaya di dalam dewan. Payah la nak tunggu peluang camnni lagi selepas ini.

Tahniah kepada semua yang sengaja tuang. Saat mendebarkan bagi PM, Najib Razak. Syabas PR atas apa yang terjadi itu. Jangan menyesal dan buatlah lagi lain kali!

Ulasan GB

GB pernah mengulas isu ketidak-hadiran MP-MP Pakatan Rakyat di Parlimen terutama semasa undi belah-bagi dijalankan. Jika kita masih ingat sewaktu undi belah-bagi dilakukan untuk menggantung Gobind Singh Deo dari Parlimen, beberapa ahli parlimen PAS tidak hadir yang akhirnya kemenangan berpihak kepada BN. Anda ingat siapa yang tidak hadir di parlimen pada masa itu? GB cukup ingat. Diharap PR ambil pelajaran hal ini jika benar-benar mahu menjadi "kerajaan yang dinanti" - jika tidak TURUN dari menjadi Ahli Parlimen PR.

Ulasan Al Banjari
http://politikbanjar.blogspot.com/2009/12/20-mp-pakatan-selamatkan-kerajaan-najib.html

- Kerajaan Najib Nyaris Tumbang Lewat Malam Tadi

Read More...

Malaysia Ala 1 Malaysia...

Malaysia Ala 1 Malaysia, Pakai Lencana ISA pun Kena Tangkap

Alahai slogan 1 Malaysia



Upacara sembahyang bagi memperingati penahanan lima pemimpin Hindraf di bawah ISA dua tahun lalu, dicemari dengan penangkapan seorang pemimpin utamanya, S Jayathas.

Dia ditahan kerana didakwa memaki lencana anti-ISA.

Read More...

Ust Fadzil Noor dalam kenangan

Read More...

Susahnya nak unblock celcom 'berukband'

Tadi saya pi la ke kedai Celcom. Nak bayar bayaran tertunggak. RM75. Yang tak puas hati ialah lepas habis bayar. Staf tu kena telefon Celcom Center. Perkenal diri dan syarikat. Pas tu aku plak kena cakap sendiri ngan awek center tu. Bagitau nama penuh, ic nama ibu. Pastu kena sembang ngan sorang lagi plak mamat. Kena ulang gak benda yg sama. Bengang la.

Aku pernah kena blok line telefon dulu ngan TM. Tak la teruk camni. Bayar lebih dari separuh bil pastu selesai. Celcom memang teruk!

p/s: Yang line celcom down lama pas raya tu sebab depa switching bila dah joint jadi Axiata. Yang aku marah switch la hari biasa ka. Bagi memo dulu. Ni aku tanya sendiri kat budak kedai celcom. Dia bagi tau
Sekali lagi down lama camni aku plan nak switching plak.

Read More...

Antara cara-cara syaitan menghasut manusia



- Bohong
- Bangun Subuh
- Jaga Pandangan

Read More...

Menanti perubahan Kewangan Islam Selangor setelah Anwar dilantik menjadi penasihat ekonomi Selangor

Adakah Selangor akan
- menutup semua akaun bank konvensional dan membuka akaun perbankan Islam selepas ini?

- membuat satu garis panduan untuk semua anak syarikat kerajaan negeri agar menggunakan khidmat pembiayaan Islam dalam apa jua keperluan kewangan syarikat-syarikat tersebut?

- mengeluarkan atau menamatkan pendapatan dari hasil pelaburan kerajaan negeri yang menggunakan instrument pelaburan riba seperti Fixed Deposit di bank konvensional, pemegangan bond konvensional, dan sebagainya?

- menukar Insuran konvensional Riba kepada Takaful untuk semua kakitangannya dan juga semua anak syarikatnya?

- menerbitkan bond Islam (SUKUK) untuk membiayai projek-projek besar kerajaan negeri dan syarikat di bawahnya?

- menubuhkan sebuah koperasi Islam atau bank Islam yang benar-benar boleh menjadi model kepada seluruh bank-bank Islam di Malaysia yang dikatakan bermain silap mata oleh Menteri Besar Selangor? Saya benar-benar ingin melihat sebuah bank Islam yang dipelopori oleh kerajaan negeri dari PKR dan PAS yang boleh menyediakan kos pembiayaan yang jauh lebih murah berbanding bank-bank Islam yang wujud hari ini.

- menyediakan takrif jelas RASUAH dan seterusnya mengeluarkan arahan pekeliling untuk menjauhinya di semua peringkat. Saya juga ingin melihat apakah kaedah dan cara yang bakal dilakukan oleh DSAI untuk membuktikan beliau mempunyai idea untuk menguatkuasakannya dengan jelas di dalam kerajaan Selangor, berbanding kerajaan Pusat.

- memastikan pelaburan-pelaburan baru yang akan ditarik semuanya menuruti proses pelaburan Islam atau tidak?

- mengikut jejak langkah Kelantan menubuhkan gadaian Islam ar-Rahn dengan lebih meluas?

- atau telah menyediakan pembiayaan mikrokredit Islam? Saya kira Kelantan mungkin menghadapi sedikit kekangan kewangan untuk ini, namun tidak bagi Selangor.


sepenuhnya di sini

kat Kelantan dan Kedah kita sukar membuatnya kerana kekurangan dana dan pakar-pakar. Selangor ada semuanya.

Kita dah ada contoh pentadbiran dan suasana islam di Kelantan.Apakah Selangor mampu menjadi contoh terbaik/sebenar kewangan islam?

Dikatakan penasihat PKR yg mengasaskan perbankan islam dan UIA kat Malaysia. Kita tunggu apa pula produk islam yang akan dihasilkannya di Selangor. Pastinya yang paling baik

Semua point oleh UZAR mungkin tak dapat dilaksanakan dalam jangka masa terdekat. Keluarkan arahan semua gaji kakitangan islam di Selangor dimasukkan ke dalam Bank Islam sahaja. Boleh keluar arahan larang kakitangan negeri joint BTN. Takkan tak boleh kot?

Cam yang dibuat di Kelantan. Hasilnya di Kelantan ada 9 cawangan bank islam di sana Menyeluruh di semua bandar. Dari Kota Baharu hinggalah ke Gua Musang.Takkan kat Selangor cuma nak kekalkan 12 cawangan je? Senarai cawangan Bank Islam

Sejarah bank islam

Video selingan

Read More...

Berapa harga Camry tanpa AP?



Harga sebenar Toyota Camry :

Harga semasa Toyota Camry 2.4V ialah = RM 174,990
- Harga di atas adalah selepas kerajaan mengenakan AP dan cukai 300%.

Sedangkan harga sebenar Toyota Camry 2.4V jika tidak dikenakan AP dan cukai 300% ialah = RM 93,990 !

Ini bermakna pihak kroni BN yang mendapat AP kereta import telah mendapat untung atas angin sebanyak RM 81,000 !

Jelas bahawa BN adalah penindas rakyat....


Vios second hand(4 tahun) aku beli RM54k. Takde AP? Wow!

RON 95 dan Petronas Tidak Jimat

Read More...

Alhamdulillah. Perlahan-lahan kita berubah..


Walaupun x semua yg pencinta islam harapkan berlaku lagi di Kedah. Perubahan yang berlaku secara perlahan-lahan ini cukup menggembirakan. Contohnya


Majlis Daerah Baling juga mengadakan kuliah agama mingguan setiap hari Khamis pagi. Alhamdulillah.

Read More...