Ulangtahun Memali

Sajak ini adalah karya seni Rahmat Haron, sebuah karya yang membuat jiwa menangis mengenangkan korban-korban jiwa pada syuhada Memali yang menentang penangkapan tanpa bicara.

[Dalam sejarah perjuangan melawan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) Ibrahim Mahmud (yang dikenali dengan nama Ibrahim Libya) dan penduduk kampung Memali adalah antara mereka yang paling berani – dengan keras menentang penahanan tanpa bicara hingga derita raga dan jiwa serta terkorban kehilangan nyawa mereka. Maka pergilah mereka meninggalkan kita sebagai syuhada dan pengorbanan yang cukup besar sekali.]
____

Hari itu Selasa malang,
hari tujuh RabbiulAwwal tahun seribu empat ratus enam hijrah.
setelah malap cahaya lokap,
panjang kembara malam membawa gelap subuh menutup terang matahari, negara, seragam dan senjata mengepung para pejuang yang enggan menyerah, enggan ditahan tanpa kesetaraan, enggan ditangkap tanpa kesaksamaan hak manusia penjara tanpa bicara-warisan tuan penjajah mahu rakyat menjadi hamba.

sejahtera keadilan telah ditelan kebusukan huru hara rasuah. merekalah para pejuang menentang kezaliman haloba, tapi ketamakan kuasa tetap serakah nafsunya mentah kedarah para petani dan buruh mereka para pejuang kebenaran hanya penoreh getah

iya mereka hanya himpunan orang-orang kampung, para guru, merinyu malaria, bekerja sendiri, mekanik motorsikal, pemandu, penoreh getah, tapi mereka setia segar menghidupkan tanah air yang bukan milik mereka.

Tanah dan air yang telah dirompak bebal nasional, tanah dan air yang telah dijual bodoh nasional, Ibrahim Mahmud dan teman-temannya siap teguh iman perjuangan melawan perisai ampuh kekuasaan Iblis_Syaitan_Act - ISA.

ISA adalah jaminan selamat buat penguasa rakus menindas dan memeras penguasa pujanya Iblis kuasa penguasa sembahnya Syaitan rasuah penguasa berkuku besi pelindungnya ISA_Iblis Syaitan Act.

Akta Keselamatan Dalam Negeri, adalah undang-undang yang menyelamatkan para perompak zalim bertopeng alim, Akta Keselamatan Dalam Negeri, adalah undang-undang yang menyelamatkan para perusuh hak asasi rakyat,

Akta Keselamatan Dalam Negeri
adalah undang-undang yang menyelamatkan perasuah dan penyeleweng kuasa
Akta Keselamatan Dalam Negeri
adalah undang-undang yang menyelamatkan kepura-puraan
Akta Keselamatan Dalam Negeri
adalah undang-undang Iblis dan Syaitan,
akur aturan perjanjian sesat mengekalkan kuasa sementara,

Pemerintah ketagihan kuasa
dadahnya wang dan harta
pemimpin khayal dengan serakah
erat sayangnya pada angkuh memaksa
rapat kasihnya pada sombong memeras
begitu dalamnya cinta kuasa memeluk timbunan harta kekayaan rakyat jelata .

ISA gari yang merantai kejujuran,
ISA tembok batu, jeriji besi, memisah kasih anak dan isteri, keluarga tercinta
ISA adalah tangisan
ISA adalah ketakutan

Tapi ISA bagi Ibrahim dan Memali adalah keberanian paling tinggi
perjuangan menolak pemenjaraan tanpa bicara
pengorbanan nyawa demi merdeka
dari menjadi hamba pemerintah yang gila kuasa
dan November adalah bulan cukup hitam, sembilan belas hari bulan tahun sembilan belas lapan puluh lima di Baling, siong kekuasaan Bangsat Nasional laparkan darah rakyat murba
ketabahan para pejuang cukup sabar teguh berdiri,
di balas kereta perisai dan senjata
Memali adalah sejarah melawan ISA
paling berani
merdeka semangat Ibrahim Libya dibalas peluru
gegak gempita tembakan
adalah sendu kesedihan

maka tumpahlah darah ke tanah air yang kegeringan
gugur empat belas orang pejuang
syahid menuntut keadilan
melawan penahanan tanpa bicara

akal penguasa putus budinya
dan dacing timbang berat sebelah tidak seimbang
rasa hati telah kabur, pudar dan terhakis
benang-benang kusut
fikiran hanyut
keyakinan tak dapat dikoyakkan kuasa
merah mengalir darah merdeka
korban ISA dan kekejaman negara
syahid para pejuang terpejam mata dalam sejahtera nafas keadilan
BN merampas kebahagian keluarga, mencabut nyawa suami dan ayah, para perempuan menjanda dan anak-anak yatim tidak berbapa

Read More...

Aku setuju kalu kita boikot PRK Kota Seputeh. Apa kata hangpa plak?

- Kalu Nak Menang PRK Kota Siputeh
- Politik tawar-menawar : BOIKOT PAS di SEPUTEH !!
- Tunjukkan kuasa rakyat. Boikot PAS di Seputeh.

Read More...

Artikel mengusik jiwa..

Pendahuluan.

Ada pendapat mengatakan HARAM hukumnya melakukan sesuatu yang menimbulkan fitnah. Contohnya anak gadis yang pulang lewat malam berseorangan tidak HARAM. Tetapi apabila situasi boleh mengundang fitnah dan bahaya, maka, hukum HARAM muncul di tajuk senario ketika itu. Dan apabila senario ketika itu (pembolehubah) berubah; contohnya keadaan masyarakat yang selamat, persekitaran yang terang-benderang, terdapat khidmat polis di sepanjang laluan, etc, maka, berubahlah ijtihad HARAM tersebut.

Begitu juga tajaan TGNA ke Mekah. Bloggers UMNO mengatakan tajaan itu adalah bukti TGNA menerima rasuah. Sedangkan seandainya kes itu boleh diklasifikasikan sebagai rasuah, hari ini TGNA setuju terima tajaan, 2 hari lepas lagi SPRM sudah menangkap TGNA, dan mendakwanya di mahkamah. Namun, sampai sekarang, walau diberi 25 jam sehari kepada SPRM, masih tiada lagi pendakwaan dibuat. Mana dia?




Komen aku?
Aku x nangis cuma bergenang je. Nampaknya kalu pru13 dalam masa terdekat dan geng ug x dibuang maka kita akan mengulang tahun 2004. Silap2 semua negeri kan terlepas.
Payah nak cari pemimpin kaya jiwa ni. walau belum terbukti salah, namun nak elak persepsi negatif sanggup ditinggalkan



p/s: Tahniah Aduka pasai blog hang mencanak naik rankingnya.. Dengan artikel hang ni boleh dapat nombor satu kot?

Read More...

Antara potong dan punggung serta dada

aku rasa satu Malaysia dah tengok iklan ‘POTONG” oleh syarikat penyedia perkhidmatan Internet, P1

bagi yang tak faham, actually tu cara ‘halus’ P1 nak suruh orang ramai potong sambungan internet berwayar macam Streamyx tu dan pakai perkhidmatan WiMAX yang disediakannya


Iklan tayang punggung dan dada kita tak bising. Iklan potong kita bising. Antara maksud jelas dan makna lain(double meaning). Kita lebih utamakan yang maksud lain.

- Iklan 'potong' jadi isu di Parlimen
- Iklan pelaq kat tv (terkini!)

Read More...

Seorang jiran dan kawan akan menunaikan haji tahun ini. Yang menjadi masalah mereka disuruh bersedia(standby). Tetiba esok nak pi, malam ni baru bg tau. Kalut la. Ada yang dapat pi 4 orang tapi 2 orang naik penerbangan berasingan. 2 kapal terbang.
Mendengar sok-sek bahawa pengurusan haji tahun ini caca merba sikit. Cam tahun-tahun lepas dalam seminggu nak pi, akau diberitahu dulu. Sempatlah menguruskan apa yang patut.
Kepada Menteri Haji, silalah tengokkan masalah ni. Kebetulan ini terjadi masa hang jadi menteri...
Tahun depan jangan berulang lagi peristiwa camni. Menyusahkan dan memalukan

Read More...

Teruskan perjuangan tuntut royalti minyak

Kerajaan Persekutuan akan memberi wang ehsan kepada Kelantan daripada hasil pengeluaran minyak di luar pesisir pantai negeri itu mulai tahun depan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan di Dewan Rakyat hari ini.

kredit pada MalaysiaKini


Pas ni
- kena berjuang tukar wang ehsan jd royalti. Dalam perjanjian sebuat royalti bukannya wang ehsan.
- wang tersebut mesti melalui kerajaan negeri dan bukan jkkp(Ketua Umno bhgn). Cam kes Terengganu bila Pas berkuasa. Royati jadi wang ehsan dan disalurkan kepada JKKKP bukan kerajaan negeri.
- perjuangankan lg agar dapat tunggakan dr tahun 2004 bila myk mula digali di sana. Alasan kata kwsn pertindihan x boleh pakai

- K'tan timbang tolak p'janjian Petronas
- IHSAN konon..citttt
- Wang Royalti : Rakyat Kelantan Minta Hak Mereka, Bukan Sedekah Wang Ehsan
- Beri dengan Ihsan, Balas dengan Belas Ihsan
- Berangan-angan Tukar Kereta Baru
Pergh...

Read More...



Persepsi Pun Kena Urus Juga
Oleh: Man Bom

Kalaulah kita tanya seorang rakyat Malaysia itu, “Apa pandangan tuan tentang Pas?” Jawapan yang kita terima mungkin bergantung pada ‘persepsi’ orang itu terhadap Pas. Mungkin ‘persepsi’ ini bergantung pada ‘asal usul’ dia. Apakah orang itu:

i) Seorang penyokong kuat Pas yang tak undi yang lain kecuali Pas. Ada orang kata ini ‘hard core’ Paslah. Ada istilah yang lebih teruk lagi: Sang ‘fanatik’ Pas.

ii) Apakah orang itu ‘hard core’ Umno? Jika kita pakai istilah di atas, yang ini si ‘fanatik’ Umno yang karatnya biru.

Kedua-dua kumpulan yang ini, biasanya orang-orang Melayulah.

Lepas itu, ada juga pengundi kita yang datangnya dari kelompok-kelompok macam:

iii) Adakah orang itu bukan Melayu; Cinakah atau pun Indiakah.

iv) Apakah sumber maklumat orang-orang ini, banyakkah atau sikitkah maklumat yang dia ada: Banyak maklumat, rajin membaca, banyak bergaul dengan orang dll.

v) Adakah orang itu tinggal di bandar atau di luar bandar.

Sebagai pengundi orang-orang ini ada persepsi dia sendiri-sendiri. Kecuali untuk golongan yang ‘hard core’ yang selalunya tak berubah, kelompok-kelompok lain mungkin berubah.

Ada benda lain yang kita kena perhati..


Kredit pada Azizi Abdullah

- Hadi Suruh Bakar Rakaman

Read More...

Kementerian Pelajaran merancang menambah lebih banyak sekolah berasrama penuh dan sekolah menengah harian yang mengajar
bahasa Jepun sebagai bahasa ketiga selepas bahasa Melayu dan Inggeris.


Timbalan Menteri pun sakit hati dengar bila dia bercakap BM. Tu dengan baca teks tu. Memalukan...

Read More...

Isu kereta Lupus 15 tahun? Apsal xde parti/ngo bising?

Kerajaan ingin memajukan sektor automatif tempatan. Maka dinaikkan insurans sehingga 100% untuk kereta lebih 15 tahun. Diwajibkan plak menjalani pemeriksaan Puspakom setiap kali ingin memperbaharui insuran. Apa ni? Takde cara lain ka nak membuat rakyat membeli kereta baru(baca kereta tempatan)?
Sepatutnya:-
- perkasakan dahulu sistem pengangkutan awam cam Jepun dan Singapura. Tiru satu je tak sempurna la.
- perkasakan kereta nasional. Tingkatkan kualiti terutama kereta proton. Menaikkan duti import kereta bukan nak menolong. Nak menjahamkan lagi ada la pada masa depan.

bla bla bla...
- Tak setuju syarat kereta tua
- Pelupusan dan rebet kereta lama
- Kos baru untuk kenderaan lama
- Skim Subsidi Minyak

Inilah contoh Satu Malaysia, Kroni Didahulukan, Rakyat dikemudian(persetankan)

Apsal PR tak bising? Sibuk tentang ahli lompat parti/letak jawatan, isu ug, penangkapan mantan mufti Perlis dll lagi?

Read More...